08 May 2015

Myanmar 1.0 - Episode 09 - Mandalay, Dreamland Guest House, Minggle Around

 
Harga yang dia mintak adalah 10usd. Jadi bagi 4, 2500kyat seorang. Perjalanan mengambil masa 20 minit. Mini-lori pun berhenti betul-betul di depan Dreamland Guesthouse.
 
Weolz turun dari mini-lori dan weolz dah sampai...!

Weolz berempat mengangat backpack masing-masing dan terus masuk ke dalam Guest house (GH). Ruang lobby GH yang kecil dan hanya menggunakan kipas sahaja.

Weolz disambut dengan senyuman oleh receptionist. Daripada iolz tengok, receptionist bukanlah seperti muka tipikal Myanmar. Iolz pernah teka, "Uolz dari China?" dengan receptionist tersebut. YA, semenangnya iolz memang pandai membuat tekaan sebab jawapannya adalah salah. Hahaha, sengal. Diorang memang orang Myanmar tetapi berbangsa Cina. Hampir kan tekaan iolz, memang tak nak kalah.

Reception Lobby Dreamland Guesthouse

Reception Lobby Dreamland Guesthouse

John & Amy sememangnya telah membuat tempahan bilik, jadi tiada masalah bagi mereka. Selepas iolz dengan Philip mengatakan yang weolz mahu katil dorm, lama juga receptionist itu memeriksa. Mula-mula dia cakap cuma ada satu katil sahaja, tetapi akhirnya nasib  weolz sangat bertuah akhirnya ada satu lagi kekosongan. Kalau tidak, iolz dengan Philip maybe akan tinggal di bilik double sebab hendak berlaku adil. Tak boleh pentingkan diri sendiri uolz. Nanti karma dtg, camana?

Setelah mendaftar dan membayar duit bilik, semalam katil dorm adalah 10usd, weolz terus dihantar ke bilik masing-masing. Iolz dengan Philip tinggal di bilik berlainan. Iolz stay di bilik biru, dan Philip di bilik kuning. Satu bilik terdapat 8 katil, bilik luas dan juga terdapat bilik air di dalam bilik. Amat berbaloi 10usd. Kalau dengan KL, RM30 bilik dorm dahla sempit dan xda ruang nak bergerak tambah lagi AC hanya malam sahaja. Tetapi tidak disini. Macam tak percaya jer iolz sampai kat hostel ini sebab seperti iolz bagitau, memang iolz main redah gigih je kan. Terima kasih kepada John & Amy sebenarnya.

Dreamland Guesthouse

Dreamland Guesthouse

Dorm room, Dreamland Guesthouse

Iolz nak cerita sedikit tentang hostel ini, hostel ini sangat penuh dengan seni uolz. Like seriously. Hostel ini juga merupakan sebuah sekolah muzik. Ada tempat belajar piano, ada tempat belajar viola, gitar dan bermacam-macam lagi. Jadi, sesiapa yang berminat bermain alat muzik memang GH ini iolz recommend. Uolz jugak boleh join kelas muzik mereka jika iolz pandai bermain alat muzik tersebut. Iolz? iolz takda bakat sangat dalam muzik, dulu semasa sekolah rendak, masa iolz main recorder, ade lah cikgu puji yang iolz ni berbakat. Sedih kan?

Dreamland Guesthouse Business card

Dah letak backpack dalam bilik, iolz pegi ke lobby balik sebab dah janji dengan Philip, John & Amy untuk lunch bersama-sama. Weolz cuma pergi kat kedai depan GH weolz (disini jugak menyediakan sarapan pagi weolz). Mula-mula iolz macam tak lalu nak order, apabila iolz tengok menu, tiada unsur-unsur lembut ekor kontot, terus iolz order dengan konfidennya. Ketiga-tiga mereka order Chicken Shan Noodle, cuma iolz jer order Vegetable Shan Noodle. Kedai makan ni best sebab banyak juga menyediakan makanan vegeterian, sebab kan orang beragama Buddha kebanyakkannya adalah Vegan. Beef langsung tiada di dalam menu.

Wow. Sedapnya Shan Noodle uolz. Tak pernah rasa mee macam nie. Susah iolz nak gambarkan macam mana rasa dia. Sedikit masam, ada kacang , tetiba rindu plak nak makan Shan Noodle lagi.

Shan Noodle, 500kyats only

Weolz sempat berbincang dengan rancangan masing-masing selepas ini. Iolz merancang untuk berehat jer kat bilik sebab iolz rancang dan ikut trip sunrise dengan trip 3 main attraction area. John & Amy pula merancang untuk menyewa motorsikal, jadual diaorang nie bebas, jadi memang tiada masalah. Philip pulak merancang untuk ke Sagaing hill petang itu jugak sebab dia akan terbang ke Bangkok pada esok pagi, maksudnya dia cuma ada masa pada petang itu sahaja. Iolz tak rancang lagi bila iolz nak gerak ke Inle Lake.

Selepas selesai makan, iolz balik ke hostel dan lepak di lobby sekejap untuk mendapatkan nasihat receptionist tentang activiti iolz esok. Receptionist itu rupanya anak kepada tokey hostel. Apa yang best jugak GH ni adalah, untuk apa-apa activiti yang perlu sharing, akan ada kertas untuk menulis nama anda, setiap aktiviti akan menggunakan satu teksi, maksudnya maksimum untuk satu aktiviti adalah 4, jika banyak, dioang akan cari van untuk korang.

Iolz lihat untuk sunrise pagi esok, ada 3 orang dah tulis nama, jadi iolz letak nama iolz, untuk 3 cities tour plak, ada sorang letak nama, jadi iolz pun letak jugak nama iolz jadi orang kedua. Jadi eso,  iolz ada 2 activiti yang kena buat, sunrise iolz kena bangun jam 5 pagi, dan jam 8.30pagi pulak untuk 3 cities tours. Mula-mula diorang tak suggest iolz untuk buat dua-dua activiti sebab takut iolz tak sempat balik dr sunrise trip.

Petang itu takda apa sangat, cuma iolz berehat di bilik dan update berita iolz di Facebook untuk memberitahu iolz adalah sihat dan selamat. Walaupun iolz jarang telefon parents iolz, tetapi selalu melapor diri dalam Whatsapp dan juga Facebook. Itupun dah cukup. Internet kat GH nih pun sangat laju. Selepas itu iolz terlelap kepenatan.

Beberapa jam kemudian, iolz tengok hari dah nak gelap. Jadi iolz pun mandi dan sembahyang. Selepas itu, iolz berasa lapar dan terus ke kedai makan kat depan GH lagi. Iolz nampak Philip,John,Amy dan seorang lagi lelaki mat salleh.

Iolz join meja diorang dan terus order. Iolz order pancake Myanmar. Sedap uolz, macam roti canai seperti di Thailand dan makan dengan kuah kacang dal yang kering (Malaysia punya kuah dal cair kan). Like seriously sedap.

Di dalam menunggu makanan siap, tiba-tiba iolz dgr perbualan diaorang, kita nama yang matsalleh sorang ni Cohen.

Cohen: Iolz tak suka MALAYSIA!
John: Malaysia best jerr
Cohen: Iolz takkan terbang guna pesawat Malaysia. Cer tgk 2 pesawat diorang. Lagipun iolz memang tak boleh masuk Malaysia...
Philip: Coii..... dia ni (tunjuk aku) dari Malaysia
Iolz: Hello.... tetiba je nak kutuk negara iolz.... ko dah kenape, dtg bulan ke?
(Cohen senyap sebab tak expect pulak iolz dari Malaysia kan)
Iolz: ko feeling-feeling cantik, nape plak tak boleh ke negara iolz, ko asal mane plak...
Cohen: ISRAEL...
Iolz: Coiiii!  Memang patut la uolz takkan ke Malaysia uolz... Malaysia kan ban uolz.. sebab weolz tak iktiraf uolz sebagai country... hey, very the keji hookay...

Iolz terus tak nak layan. Yahudi is yahudi hookay, terus hangin mak. Walaupun orang cakap weolz haruslah open minded semasa travel, tapi musuh is musuh kan. Kalau dia tak kutuk Malaysia, iolz takde hangin sangat. Iolz malas nak join conversation sgt, terus melayan makan pancake Myanmar lagi helok, tapi permandangan muka yahudi tu menganggu selera iolz.Tapi kalau dia berwajah Zach Efron ke, bolehla iolz maafkan.Gituu... Pilih kasih sangat.

Pancake with beans, 500 kyat only. So Delicious

Malam tu, iolz lepak di luar bilik sebab kat luar ada PC yang boleh digunakan. Iolz transfer gambar ke dalam pendrive sebab nak ready untuk esok hari. John & Amy datang dan mengajak untuk lepak di tingkat atas. Tingkat atas GH ada ruangan melepak ala-ala rooftop. Iolz tengok si Cohen takda, tetapi ada lagi 2 orang yg lain dengan diorang.

Setengah jam kemudian, Philip keluar dari bilik dan tegur iolz yang sedang main PC. Iolz bagitau Philip yang semua lepak kat atas. Jadi iolz dengan Philip pun naik lah ke tingkat atas.

Ada beberapa orang lagi atas tu, tetapi Philip hendak beli beer. Philip mengajak aku menemankan dia untuk ke kedai. Iolz pun ikut manalah tau ada barang yang hendak dibeli.

Weolz tak jumpa kedai runcit pun. Tapi weolz cuba tanya orang yang ditepi jalan, sehinggalah mereka menunjukkan dan mengarahkan kami ke sebuah bar restaurant yang sgt azab.

Sebab Philip nak sgt beli beer dia, dia gigih nak pegi bar itu walaupun iolz macam takut sebab tempat gelap dan rupanya tak seperti bar. Dalam iolz dengan Philip berdiri di depan kedai, tetiba ada sorang keluar dan tanya apa yang weolz nak, Philip cakap dia nak beer. Oh, org tu masuk balik kedai.

Tetiba yang lain pulak kluar, weolz ckp lagi nak beer, tapi dia cakap balik NO Beer, kluar pulak sorang lagi cakap Tunggu, ada pulak. Ade ke takde tak tau lah. Tak lama kemudian, makin ramai yang keluar ke bar tersebut nak jumpa weolz. Haiyo, iolz dah takut dah. Harga pun mahal diorang mintak, time Philip nak kluarkan duit, takut plak iolz tengok, macam diorang nak rampas je duit Philip semua. Dah bayar semua, weolz blah cepat-cepat. Weolz bukak high heel, dan terus lariiiikk... boleh gitu? Nasib baik takda benda yang buruk berlaku, cuma Philip terkena overcharge 2usd je utk beer dia.

Philip cakap tak kisah sebab ni adalah malam terakhir dia di Myanmar. Jadi iolz bertanyakan dia pegi mana petang tadi, dengar rancangan dia pegi Sagaing Hill. Philip bagitau dia ke Sagaing Hill naik teksi, sebab mula-mula rancangan asal nak jalan kaki, tapi tak cukup masa, baik naik teksi. Tambah dia lagi, dia cuma meluangkan masa di Pagoda asal Sagaing Hill tu sambil berborak dengan monk.

Iolz rasa pelik sebenarnya sebab mat salleh ni kan memang excited berborak dengan monk tau. Iolz pernah borak sekali dengan diorang. Tetiba monk tu tanya Malaysia tu kat mana? Sebelah Myanmar ka? Haiyoo pakcik, pakcik takda Astro kaa? *Terus iolz cabut kening palsu iolz dan terus terjun dr pagoda itu*. Monk memang gemar berborak dengan foreigner sebab mereka mahu berlatih berbahasa Inggeris. Sebab iolz guna Irish ascent takda masalah lah.

Balik ke GH, malam tu weolz just melepak jer atas tu. Yahudi tu takde malam tu, lega iolz. Lagipun dia akan blah pada esok pagi bersama-sama Philip. Pada malam tu jugak iolz berkenalan lagi 2-3 orang traveler yang lain. Ada seorang lelaki tua yang iolz boleh katakan otai traveler. DIa berasal dari Perancis. Rasanya sangat kaya tetapi travels secara backpacking. Dia travel lagilah main redah, beli ticket kapal terbang on the spot (mahal hookay), tapi iolz malas nak layan sgt. Kadang-kadang traveler yang berumur, lagi-lagi dari France kadangkala tak dapat masuk dalam perbualan iolz.

Dreamland Guesthouse hangout place at upstair

Iolz suka berborak dengan sorang lagi minah matsalleh bernama Cindy nih. Dia muda lagi. Dia travel tak lama dan cuma travel di Vietnam-Thai-Myanmar. Dia ni sangat-sangat jeles dengan weolz sebab boleh travel macam-macam tempat. Cindy ni berasal dari US. Personaliti dia menarik. Apa yang dia risau adalah apa yang dia nak dalam hidup dia? Dia baru je habis high school dan tak tau lagi dia nak sambung belajar dalam bidang apa.

Apa yang dia tahu adalah dia minat sangat dengan Sarkas. Iolz sempat tanya, dia pandai akrobatik ka? Jawapannya tidak. Tetapi dia sangat minat main HULAHOOP dan dia bawak HULAHOOP tu travel sekali dengan dia. Apa? Hulahoop.... *Terus pengsan*

Tak pernah pulak orang suka Hulahoop. Tetiba iolz teringat semasa komanwel kat Malaysia, acara gimrama berpasukan Malaysia menang emas. Iolz adalah salah seorang peminat tegar masa tu. Acara reben,gelung,bola,belantan. Gelung tu=Hulahoop lah!.. Nama keempat-empat itu masih kekal lagi dalam ingatan, El Regina Tajuddin, Thye Chee Kiat, Carolyn Au Yong, dengan Sarina Sundara Rajah... wahhh.. hebatkan iolz... tapi iolz sangat bangga jugak time diorang menang.

Cindy memberitahu tahu iolz ada satu tempat yang dia hendak sangat nak pergi sebab melalui penceritaan kawan dia, tempat ini sungguh luar biasa dan mempunyai kelas sarkas yang sangat hebat. Iolz tanya tempat apakah itu, dia pun bagitau PAI, Thailand.

Iolz tak pernah lagi sampai di PAI, Thailand walaupun iolz dah jelajah Chiang Mai. Dari apa yang iolz dengar PAI sekarang penuh dengan Gipsi dan orang ala-ala Bob Marley. Iolz tak suka diorang nih, takda hygiene dan sangat kurang enak baunya. Tetapi melihat gambar PAI daripada album kawan iolz, tersangatlah indah. InsyaAllah nak jugak pijak pergi PAI.

Dah cecah tengah malam. Semua mengucapkan selamat malam kerana semua ada agenda masing-masing pada awal pagi dan iolz kena bangun jam 5 pagi untuk pergi melihat matahari terbit dan memulakan misi menjelajah Mandalay.

Bersambung....

9 comments:

  1. Memula rasa takut bila tengok korang ala ala kena kepung kat kedai beer tu, tapi bila kau tulis cabut high heel tu terus aku gelak terbahak2.. lawak la kau bang.

    Bab hulahup tu pun lawak jugak. Lain dari yang lain pulak minat nya yer?

    ReplyDelete
  2. kau ni pagi pagi buat ubat gelak jer.

    kudos.

    rajin2 sambung

    ReplyDelete
  3. Ingatkan di msia je ada bangsa Cina..tu ke receptionist Cina...tshirt putih tu..nape kulit gelap

    ReplyDelete
  4. woww...dekorasi dorm sgt menarik..biru! sesuai dgn nama DREAMland tu

    ReplyDelete
  5. golek golek sambil gelak baca entri Myanmar.. byk info.. dok nunggu sambungannyer #terbaek

    ReplyDelete
  6. cantiknya.. done follow u, follow me back k ;)

    ReplyDelete

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you!