05 May 2015

Myanmar 1.0 - Episode 06 - Bagan, Temple Hopping

   8 comments     
categories: ,

Sesampai di simpang empat pertama, iolz bertanyakan kepada Zoey ke mana harus iolz pegi. Zoey dengan konfidennya memberitahu KIRI!

Tujuan weolz adalah weolz hendak melihat terbitnya matahari. Candi yang paling popular untuk melihat terbitnya matahari adalah Candi Shwe San Daw seperti yang dikatakan hostel receptionist dan kebanyakan buku dan internet. Tetapi weolz tahu, sebab weolz agak lewat, maka mungkin agak susah untuk mendapatkan tempat disebabkan terlampau ramai pelancong disitu.

Weolz pun meneruskan perjalanan E-Bike dengan berpandukan arahan Zoey. Weolz menggunakan jalan di mana sebelah kiri weolz adalah sungai Ayeryarwaddy. Weolz gigih pandu E-Bike dalam keadaan mengigil uolz. Bayangkan. Menyesal iolz tak bawak glove iolz yang dibeli dari Guangzhou itu.



Sami-sami menumpang motorsikal


Dalam 15 minit, weolz tak jumpa apa-apa pun di sepanjang jalan. Iolz dah syak yang si Zoey ni dah salah bagi jalan, disebabkan sepanjang perjalanan tak nampak sesiapa pun ataupun terserempak dengan E-Bike yang lain, walhal Bagan merupakan salah satu tempat yang ramai pelancong. 

Tetiba iolz ternampak ada kedai di tepi jalan. Iolz cuba nak bertanya tetapi tidak dilayan disebabkan mereka tak pandai nak bercakap English.

Iolz berbincang dengan Zoey dan cuba melihat peta, setelah berbincang, weolz decide nak teruskan perjalanan di hadapan, manalah tau terjumpa jalan utama. Semakin ke hadapan, jalan semakin teruk. Dalam 15 minit selepas itu, iolz dah mula cemas.

Iolz cemas sebab weolz masuk ke kawasan yang ada penjaga yang bawak seakan-akan senjata tetapi weolz main redah je dan tiada sesiapa yang menahan weolz, pelik. Kat jalan ni jugak tak nampak batang hidung pelancong ataupun E-Bike tetapi weolz cuma terserempak dengan kereta kerbau yang menghalang jalan.

Hari semakin cerah. Waktu ini, weolz sedar yang weolz dah terlepas untuk melihat matahari terbit. Dalam hati iolz ada sedikit kecewa dan bengang, tapi jika travel berdua, kita tidak boleh lah menyalahkan antara satu sama lain sebab kedua-duanya telah bersetuju. Haruslah bersikap tolenransi.


 
Kereta kuda uolz untuk sesiapa yang tak nak sewa E-Bike

Family Trip, adik jgn panjat boleh?

Tetapi weolz gigih lagi jalan di hadapan sehinggalah nampak sebuah kedai tepi jalan yang owner nya baru nak susun kerusi bukak kedai. Iolz pun sebut Shwe San Daw beberapa kali takut pronoucation iolz salah. Owner tersebut cuba menunjukkan ke arah weolz datang. Maksudnya dia mahu kami berpatah balik sebab jalan yang sebenar adalah disebelah sana.

Zoey sebenarnya mahu meneruskan perjalanan ke hadapan. Tetapi kali ini iolz membantah sebab iolz cakap hari pun dah cerah. Weolz setuju untuk balik ke hostel disebabkan keadaan begitu sejuk dan tambahan pula weolz sangat letih dan mengantuk.

Sesampai di hostel, Zoey memberitahu yang dia lapar dan hendak bersarapan pagi. Jadi weolz pergi ke kedai di hadapan hostel weolz untuk mencari kedai makan yang murah. Seperti yang iolz bagitau, Zoey sangat mengambil kira pasal kos dan harga barangan.

Banyak kedai yang kami masuk tetapi Zoey cakap mahal. Selepas itu, iolz lihat ada satu kedai yang penuh dengan lokal. Iolz bagitau yang weolz patut ke tempat lokal pergi sebab mungkin tempat tu sedap dan murah. Mula-mula Zoey keberatan disebabkan kedai itu penuh dengan lokal lelaki sahaja.

Sewaktu weolz sampai, diorang tengok weolz semacam je macam retis. Sebelum kami duduk, weolz sempat bertanya menu. Ada Noodle Soup & Shan Noodle, cuma 200 kyats & 300 kyats sahaja uolz. Murah, RM1! Sama juga dengan harga kopi.

Disebabkan iolz was-was nak makan dan melihat persekitaran yang kotor, iolz cuma minum kopi panas sahaja. Iolz nak bagitau di Myanmar ini iolz diet kaw-kaw disebabkan ramai kawan kembara iolz yang pesan supaya berhati-hati untuk makan di gerai makanan disebabkan mereka telah mengalami keracunan makanan yang teruk di Myanmar. Lagipun iolz dan bekal Mi Sedap & Mi Maggi yang banyak sebagai makanan kecemasan iolz.

Zoey asyik bagitau harga mi tu sangat murah dan sedap. Iolz pun layan je lah. Setelah selesai makan pagi, weolz pun bayar dan balik ke hotel.

 
Jual tanaka wood, boleh baca blogpost iolz cara-cara nak pakai tanaka ni


Iolz bawah E-bike secara perlahan sehinggalah sampai di hostel weolz. Sekarang jam hampir menunjukkan 7 pagi. Weolz bersetuju akan berjumpa semula di lobby hostel jam 10 pagi dan mula meneroka bandar Bagan.
 
Iolz cuma lepak di lobby hostel. Tetapi Zoey slow talk dengan receptionist yang dia tidak begitu sihat dan perlu tidur. Jadi receptionist sudi membantu dan Zoey dapat katil pada pagi itu jugak. 

Disebabkan iolz dan puas tidur di dalam bas, 10 jam kot di dalam bas, takkan tak puas lagi tidur, iolz cuma bermain dengan tab iolz sampailah jam 10.

Tepat jam 10 pagi, iolz dah nampak kelibat Zoey, jadi weolz pun mula perjalanan weolz meneroka Bagan.

Kali ini, weolz kiranya dah familiar dengan jalan di Bagan.

Di dalam 10 minit perjalanan, weolz nampak ada sebuah candi, jadi weolz decide nak berhenti dan meneroka candi yang bertama itu. Candi Nagayon. Tak ada apa sangat kat sini. Candi adalah candi. Tak ada yang menarik. Ini adalah candi lama. Lagipun tak ada orang sangat disini, sunyi tetapi terdapat pembesar suara yang memainkan suara seorang sami membaca doa.



Nagayon Temple

Selepas 15 minit, weolz meneruskan perjalanan, banyak juga weolz berhenti sepanjang perjalanan. Kebanyakkan candi yang kurang popular dan kecil. Weolz juga sempat membeli minuman kerana jika uolz berada di Myanmar, keadaan yang panas menyebabkan uolz sebab dehydrated.
You want some drink?
Candi seterusnya adalah Candi Thabinyu. Di sini banyak kedai-kedai cenderahati di sekitar. Weolz pun jalan-jalan di sekitar kedai dan candi tersebut.

Puppets for souveniers


Thatbinnyu Temple

Thatbinnyu Temple


Apa yang iolz nampak sebenarnya Zoey tidak begitu berminat dengan candi ini. Setiap candi pun dia akan tengok macam tu je lepas tu bawak iolz jalan. Gambar pun dia tak ambik. Cuma iolz je gigih.

Candi-candi lain yang weolz pegi adalah seperti Dhammayagi, Ananda, Htilominlo, Old gate dan beberapa lagi candi yang kecil.
One of the temple in Bagan

One of the temple in Bagan
One of the temple in Bagan
Kebanyakkan candi-candi yang iolz nyatakan adalah yang paling popular. Disini terdapat beribu-ribu candi, asalkan ko gigih nak pegi semua iolz tak kisah. Tetapi semua candi-candi popular ini, sudah dikomersilkan dengan gerai-gerai peniaga menjual cenderahati. Penjual-penjual pun ada tetapi tidak sepening seperti di Candi Borobudur (Indonesia).


Nak beli payung?
Stamp & gelang

Nak beli lukisan?

Jam sekarang menunjukkan jam 3 petang. Iolz lihat bateri E-Bike tinggal 1 bar. Jadi weolz decide nak balik ke hostel dan berehat serta makan sebelum pergi ke Candi Shwe San Daw (Candi paling popular untuk Sunrise & Sunset sebab boleh naik ke tingkat atas).

Semasa di atas jalan utama (Jalan Anahrawta), iolz berasakan E-bike weolz semakin perlahan seperti orang asma... Oh maiii

Semakin lama, semakin perlahan... sampailah E-bike weolz berhenti di tengah jalan... Aiyooo!!

Bersambung....

8 comments:

  1. Akak belum jejak kaki di sini.

    ReplyDelete
  2. alaaa....sian..tak dapat tgk matahari terbit...alahh..biasalah tu travel x sesat x sah

    ReplyDelete
  3. Pernah pakai bedak tanaka tu..penangan dari Nora Danish ngeh ngeh ngeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gitu... puteh tak.. jgn plak muka putih tgn hitam...ekekkeke

      Delete
  4. jadi betul lah ye..Bagan ni banyak Candi..bersepah kan..beribu2? wahhh!!!

    alamak!!! e-Bike habis bateri...waktu sewa tu x check BATERI full charge ke tak..so kena tolak lah ye..nak tahu perlu baca next episod lah ye...suspen je tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... kotor kan tektik iolz nak suruh org baca next episode... heheh... mmg battery full charge, sebab 2 orang, maka cepatlah battery habisnya... hehhee

      Delete

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you!