14 February 2009

KelanTaN: Penjelajahan di bumi Cik Siti Wan Kembang?

   27 comments     
1. Hari ini, Sabtu.. of course la cuti. Minggu lepas, entry aku sebelum ni menceritakan tentang Perjalanan ke Selatan Thai. Kali ini, aku akan menceritakan pulak penjelajahan di Kelantan plak.

2. Sebenarnya inilah main objective. Untuk melihat Kelantan. Thailand tu sampingan.
3. Inilah pertama kaliku menjejakkan kaki di Kelantan Darul Naim. Dulu, dengar je orang cakap Kelantan macam mana kan. Ade orang yang mengatakan, "Kelantan xde mende kat situ, x maju", ade jugak yang bgtau "Kelantan busok laa...", ade jugak yang bgtau "Nape lelaki Kelantan macam malas, semua je pompuan je bekerja". Yang berasal dari Kelantan ade jugak yang mengatakan, "Kelantan majuuuu.... maju dari Sarawak", "Kelantan happeningg...." So, jika kita tidak melihat sendiri, of course la tak real kan.

4. Kami bertolak dari ALAM, Kuala Terengganu dalam jam 10 pagi. Dengan menggunakan 2 buah kereta, iaitu Viva dan Kelisa. Kami semua sebanyak 9 orang.
5. Dalam perjalanan, sempat singgah membeli keropok lekor. Tapi diorang beli Keropok Lekor rebus. Aku hanya makan yang goreng. Memang tak masok kalau makan yang rebus maam tu je... Busuk.. hehehhee.... Kene goreng lah dulu kan...
6. Kami telah singgah ke UiTM Machang kerana si Farhan hendak menghantar something kepada adik dier. So kami pun pegi kat asrama perempuan dier. Kat bawah je la... Banyak awek... After that, diorang pun posing-posing maut kat UiTM situ.......
7. Kami pun memulakan perjalanan ke Rantau Panjang iaitu di sempadan golok. Banyak barangan murah kat situ. Jersi-jersi. Kebanyakan semua adalah GRADE A.

8. Kami parking kereta kat Rantau Panjang, dan lunch kat situ.
9. After lunch, kami pun gerak la ke Golok melalui Imigration Rantau Panjang. Whut happen in here, rujuk kepada entri Laporan Trip to Thailand, Sawadeeekappp.
10. Pas masuk Malaysia balik. Kami pun memulakan perjalanan untuk ke Pengkalan Kubor. Ada makan-makan malam di rumah Sabti. Terima kasih kepada keluarga Sabti yang sporting dan sudi menyediakan kami makan malam.

11. Sebelum sampai ke rumah Sabti, kami singgah di pantai yang berdekatan dengan rumahnya. Dalam jarak 10 minit dari rumah Sabti lah. Agak confuse disitu, kerana tetiba aku melihat Surf Board agak banyak disandarkan di dinding bangunan disitu. Terus aku musykil, ade orang surfing ke kat sini?... Aku tak tau la nama pantai tu... Kirenye ramai gak famili yang berpicnic. Sempat makan bende-bende yang ringan.
12. Kami selamat sampai ke rumah Sabti. Hidangan yang dihidangkan pun banyak. Thanks sekali lagi. Sempat berehat seketika, semayang dan berborak-borak ngan famili Sabti.
13. Malam tu jugak, kami memulakan perjalanan ke Kota Bharu. Tujuan pertama adalah untuk mencari bilik hotel. Kami mencari hotel di sekitar pasar Siti Khadijah.

Wan & Man Kekenyangan

14. Pegi Hotel Ummi full, Hotel Indah full gak. Last-last pegi hotel sebelah tu, Hotel Sukriah Sajeebi Inn. Alhamdulillah, ada kosong. Murahh je.. semalam RM50. Dahla 2 katil besar... bilik besar pulak tu... tak pernah aku jumpa hotel bilik besar yang murah. Maybe standard price kat sini kot.
15. Letak semua barang-barang kami dala bilik hotel. Pastu kami bergerak di ape plak nama tempat tu... lupe plak aku.. macam pasar malam uptown... Pasar Cek Yeh ke?.. something like that laa... besar down... macam downtown kat KL... tapi banyak giler orang berjual dan amat luas. Sampai aku sesat kat situ taktau jalan balik. Macam puzzle plak.
16. Pas habis shopping kat sini, tetiba semua terasa nak makan ROTI CANAI... mengidam kot... pastu lepak kat restoran yang dekat stadium situ kot. Ada jual roti canai...

17. Pas semua kenyang... semua balik hotel... menghilang kepenatan... ade jugak yang excited untuk mencuba barangan yang telah dibeli, seperti seluar muay thai. Terus semua feeling jadi pe-muay thai kat bilik....
18. AirCOnd bilik terlalu sejuk. Takdapat concentrate... menggigil aku. Bangun-bangun pagi, kami telah berbreakfat di pasar Siti Khadijah.

19. Banyak makanan kat situ wooooo... Kat bawah tu, satu jalan tu ada macam-macam jenis kueh-mueh... wow... Kami makan kat atas bangunan tu.
20. Jam baru dalam 9pagi. Eh... diorang breakfast Nasi pagi2?... Member aku cakp diorang Kelantan memang breakfast nasik pagi-pagi. Aku pun order la jugak Nasik Dagang... Ade yang order Nasik Kerabu... sedap!
21. Masa untuk berposing-posing di sekitar situ....
22. Dah selesai sesi pengambaraan, packing semua barang... Check out hotel.. Kami pun gerak untuk ke Rantau Panjang sekali lagi. Kali nie barulah shopping secara besar-besaran...
23. PUAS giler shopping kan situ.... murah!! Sebelum pegi ke Kelantan, aku belatih la cakap Kelantan ngan member2 aku supaya senang aku nak beli barangan kat situ. Ayat-ayat basic je lah... cth: "berapa riya?"... "se" se tu satu tau... tetiba aku terkantoi plak kat tokey kdai tu... ade terlupe nak blaja sebut perkataan "3"... tetiba aku sebut '3' = TI-GEY.. pastu aku blank, dia pun blank... aku gelak je... kekeke.... padahal sebutan TI-Go kot?... nampak sangat aku orang kelantan menyamar.. tu la nak tawar menawar punya pasal. Malu giler aku... penat2 je tusyen bhs Kelantan. kekeke

24. Selepas puas bershoppinggg... kami pun semua gerak ke KOK LANAS (betul ke nama tempat tu) untuk pergi plak ke rumah Udin. Kali ini, Udin plak nak jemput kami lunch kat situ... Thank you jugak to Udin kerana sudi menyediakan makanan kepada unit-unit pemusnah nie... hehehhe....

Sabti: Terlelap kepenatan di rumah Udin

25. Pas kenyang semua, settle down kejap... berak-berak kee... kami pun gerak lagi..... pegi laa ke Air Terjun Jeram Lenang sebab air terjun nie memang jalan untuk balik ke KT...

Aku berposing ngan air terjun sebelum nak gi mandi

26. Kami ingatkan orang tak ramai... Punye ramai la orang.. Air terjun dier kecik jee... Tapi mandi jelaa... lama jugak tak pegi mandi air terjunnn.....

Air Terjun Jeram Linang, Kelantan

27. Pastu mandi-mand semua...... Kami pun terus balik keee Kuala Terengaannu... Yay....

28. Apa pendapat aku tentang negeri Kelantan?.. "OK" la.. not bad... Shopping complex pun besar... KB Mall.. tempat pun ok-ok untuk bergambar... takla seperti orang cakap kan... hehehe.. Maybe area-area KB je kot yang OK.. yang lain tempat not sure sangat laa...

29. Tambahan, jika ke Kelantan, mesti korang perasan kan... semua poster-poster iklan di tepi jalan semua menggunakan tudung.... Cthnya Maya karin guna tudung.... Zaiton Sameon nye poster guna tudung... Sheeda Angkat kaki nye poster pakai tudung... Iklan Tushee pakai tudung.... Izwan Pilus pakai tudung... eh.. salah...

maya karin - iklan celcom vesi kelantan (bertudung) n negeri2 lain (tak bertudung)

30. Itu je la... at last Kelantan aku dah pijak jugak.. Tinggal Perlis je tinggal yang negeri aku tak pijak dan meninggalkan kesan lagi. Yang lain sudeeeehhhh,.


09 February 2009

Jom Travel dengan tiket free....mlm nih start!

   30 comments     
Pagi nih takde kelas. Tak hairan aku, instructor sini selalu je tak masok kelas coz kebanyakan kelas bercanggah. Dah tau kekurangan instructor, tapi tak nak cari instructor baru.

Aku bosan-bosan pagi nih, seperti biasa, website AirAsia, MAS, fireflyz susah tentu aku explore-explore. Saja nak berangan-angan. Tapi angan bukan sebarang angan lah.

Tetiba tersentap dengan website AirAsia. Tengok gambo kat bawah.

Tempahan start pada malam nih... Jam 12 pagi.. Wahhhhh... tergugattt... tiket free...

Adakah aku nak klik balik ke Sarawak?... Pegi KK?.... Bangkok?.... Singapore??... Jakarta? Cambodia? Tengok camanakan. Coz aku tak tau tarikh akhir aku kat KT nih. Diorang cakap kami habis middle of March. Then naik kapal dalam April camtu. So adela mase free untuk travel-travel nih.

Tapi aku still risau, website MBFcards untuk kad kredit aku takleh nak bukak, confirm kluar error, boleh try korang try klik website nih, www.mbfcards.com . Boleh bukak tak? Aku call customer service tadi diorang cakap diorang boleh bukak.cAku takut connection Celcom broadband nih takleh nak connect website tuh. Time nak beli tiket ke Medan pun aku takleh nak pakai kad nih sebab server down. Last-last guna cash je.. nasib baik ada CIMBclicks.

Kalo Free seat price so maksudnya just bayar TAX je la... Lagipun Tax sekrang dah murah dah... So.. sape-sape ade plan??? Nak ikooott...

Jommmmmmmmm.. KK? Aku beli tiket balik KCh la.. Kch-Singapore pun best...

08 February 2009

Laporan Trip to Golok, Thailand, Sawadeeekappp

   15 comments     
categories: 
Salam everyone, sebelum aku membuat entry pelancongan aku di Kelantan, aku just nak share-share dulu la pelancongan ke Selatan Thailand.

1. Hari nie ari Ahad eh, ohh... 2 hari lepas, hari Jumaat, aku dengan 8 orang member-member aku kat ALAm nih telah pegi ke THAILAND. Kat Selatan Thailand tu, seberang Sungai Golok. [Aku, Udin, Anip, Zul, Paan, Wey, Ensem, Man, Sabti]
2. Kami telah memasuki Thailand hanya selama 2 jam sahaja kerana tiada benda yang menarik. Lagipun sesetengah kami termasuk aku, tidak sedap hati melihat askar-askar Thailand yang berada di setiap corok bangunan serta membawa senapang M16. Takuttt... sebab Thailand kan tengah krisis politik jugak.

3. Kami telah melalui Imigration Rantau Panjang. Di Imigrasion Thailand, sewaktu pemeriksaan Thailand, warga asing diminta untuk mengisi borang ketibaan. Borang ketibaan boleh di dapati di kaunter.
4. Diingatkan supaya sesiapa yang hendak melawat disini, hendaklah sentiasa membawa PEN masing-masing. Kerana jika anda meminjam pen dari orang disitu, akan dicaskan RM2. [Ada kaunter untuk mengisi borang, untuk sesiapa yang tiada PEN]... kekekkee
5. Dinasihatkan jugak supaya membawa rakan-rakan yang berasal dari negeri Kelantan Darul Naim, kerana di seberang Thailand nih, diorang pandai ber'kecek' Kelate. So sesapa dari Kelantan, boleh berkomunikasi dengan diorang dengan mudah. Tetiba aku pulak speaking English kat kaunter. Kami, ada 3 orang yang berasal dari Kelantan iaitu Udin, Wey, ngan Tick. So senang la jugakkk...
6. Erm,,, Rm2 dicaskan [rasanya x formal] semasa kita nak mintak cop kat kaunter Thailand. Selitkan duit RM2 dalam passport. Rasuah kot.....entahlah...

7. Jarak dari Imigration Thailand dengan pasar Thailand adalah lebih kurang 2km. Dari imigration, banyak teksi-teksi yang berupa motosikal disitu untuk membawa kita ke destinasi. Cas RM 3 untuk satu kepala. Sebuah motosikal....
8. Aku pun xtau la, rasanya memakai helmet tak wajib kot. Then boley bawak 3 orang skali atas motorrrr.....
9. Setelah sampai ke destinasi, kami pun blur-blur jugak coz tak tau nak pergi mana. Sebab kami langsung tak plan sangat nak pergi ke Thailand. So basically kami just pergi membabi buta tanpa research dulu. Macam tempat mana ada jual nih, apa tempt yang patut di gambar. Cuak sebab askar Thailand di merata-rata tempat yang mempunyai muka-muka yang bengis. [muka sik merik-merik].

10. Kami pun pergi ke kedai-kedai kat sekeliling. Sempt jugak tukar duit Ringgit ke Baht. Kot-kot nak beli barang. Rasenye kalo xpayah tukar pun boleh. Sebab kat situ diorang memang terima duit ringgit. Cthnya kalo 400 Baht. 40 Riyal lah....

11. Xla best sangat pun, i mean shopping. better shopping kat Rantau Panjang je... Maybe kami tak tau tempat mane best kan.. Member-member aku semua dah feeling jadi Thai. Semua nak jadi Tomoi Boxer. Terus semua beli Muay Thai punya seluarr... around RM 30 ringgit jelaa...
12. Oleh kerana kami berada kat situ dalam sejam lebey je, so, kami berpecah kepada 2 group. Group yang satu lagi nak pegi berurut. Urut kaki kot... kekeke... tapi x sempat coz mase tak mengizinkan.

13. Group kami, hanye amik gamba jee.... asal ade tulisan Thai, snap! amik gamba terus... heehe

14. Dalam jam dekat-dekat jam 5 pun kami dah start gerak balik.

15. Dah sampai kat imigration Malaysia, coz kami grouping 9 orang. Remaja lagi tu, so polis pun ingat kami bermalam kat situ kan. So, adela anggota-anggota Anti Dadah Kebangsan terus mendekati kami. Mintak IC.... Terus kene urin testtt... Kami gelak-gelak lagggiii.. coz muka kami jahat ke?

16. Kami buat-buat no hard feeling la. Tak buat salahkan, nak takut apa. Pastu ADK tu tanye "Tak pegi clubbing ke kat Thai", ape ke jadah nya... 2 jam jeeeee... tu pun siang... kalo ade pun takut giler nak masok... dahla ada kes Club terbakar kat Thailand kan.... takutttt..... dahla negara tu tak stabil laggi.... Sempat gakla kami amik-amik gamba kat dalam tempat Urin test tu. Of course la kami semua lepas, semua baik baik OK...
17. Itulah semua kenangan-kenangan. hehehhee... nantila kalo Thailand dah stabil, nak ke Bangkok la plakkk.... nanti aku update trip to Kelantan plak ok... lek-lek lu...

02 February 2009

Trip to Medan... jom

   7 comments     
2 Febuari 2009
Di dalam kelas LAW (Undang-Undang)
Yang amat membosankan
maklumlah Law
lagipun ntah ape-ape ntah
Lecturer Negro tu "ngerepak" kat depan
ngerepak? ape bende tu...
Ngerepak tu membebel lah

Sempat aku mensurfing MAS pun website
Oh.... mula lah aku berangan
Kalau aku pegi ROme berapa ek?
France?
London?
Tetiba aku tgk MAS ada promotion..
STart ari Nih..

Balik Sarawak RM 80 je
termasok tax u...
terus aku msg my sister n father...
then..
tgk la... indonesia
singapore...

Tetiba aku tengok
Gi Medan.. RM 1 shj...
tambah tax RETURN
KL-Medan
only RM 149..

terus aku tanye member aku
jom pegi Medan...
"JOM!" udin menjawab

tanpa tak disedari
hehehhee

aku telah mengklik
dan membeli
tiket ke Medan

Early March...
hehehe
Unplanned Journey...

Nanti-nantila
plan nak gi mana...

ada sesape nak ikut gi Medan?
Medan... erm.. ntah
ade ape kat sana
Tapi kat U dulu,
salu je budak2 buwat trip gi Medan

Aku last time dah gi Bandung,
kali nih pegi Medan je la..
Jakarta nanti-nanti..

hehehe....
k...
sape-sape nak join..
tempah je la
kat MAS online...
murah....

k...

sape-sape nak recommend hotel ke
tempat makan best ke
clubbing ke
kekeke
dipersilakan lahh...
http://www.goway.com/asia/indonesia/indo_img/medan.jpg
"Medan"