Jom ke Negeri Sembilan: 8 Tempat Menarik, Aktiviti Best & "Instagram Worthy" - MYTRAVELLICIOUS - Food & Travel Blog Malaysia

Top Ad unit 728 × 90

random

Jom ke Negeri Sembilan: 8 Tempat Menarik, Aktiviti Best & "Instagram Worthy"


Walaupun Negeri Sembilan berdekatkan dengan Kuala Lumpur. Boleh dikira dengan jari mytravellicious berapa kali berpeluang menjejak kaki di sini. Al maklumlah asyik mengembara ke luar negara sampai terlupa di negara sendiri pun apa kurangnya. Pada 17-18 April yang lepas, mytravellicious sempat menerjah beberapa tempat menarik yang terdapat di Negeri Sembilan, bersama-sama pihak Tourism Malaysia Sentral bersempena dengan Tourism Malaysia Travel Mart @ Negeri Sembilan 2019 yang bertempat di Lexis Hibiscus Port Dickson. Kami telah pergi ke kawasan Nilai, Lukut, Seremban dan Port Dickson. Walaupun banyak lagi tempat yang menarik di Negeri Sembilan, mytravellicious kongsikan dulu pengalaman pada lawatan kali ini. Yang paling best, banyak tempat yang sangat menawan dan orang cakap "Instagram Worthy". Boleh follow instagram @mytravellicious.


1. The Adventurer's Web di AEON Mall Nilai

 

Untuk pengetahuan anda, AEON Mall Nilai baru sahaja dibuka pada bulan March 2019 yang lepas. Ini merupakan AEON Mall yang ke-28 di Malaysia. mytravellicious berkesempatan untuk menjejak kaki ke Mall yang baru ni. Sangat besar ye! Tujuan kami ke sini adalah untuk melawat THE ADVENTURER'S WEB, boleh dikategorikan sebagai taman tema mini Indoor. Di sini, ada tiga tempat yang anda boleh lawat iaitu Mini Science Technology & Discovery Centre, Dinasour Rangers dan Monster House. Anda boleh membeli tiket kombo ketiga-tiga tempat ini dengan harga RM49.



 

Tempat pertama yang kami lawat di Adventuer's Web adalah Mini Science Technology & Discovery Centre. Walaupun keadaaan di dalam ini nampak luas dan kurang menarik, itu adalah satu anggapan yang kurang tepat. Banyak aktiviti-aktiviti yang menarik boleh di dapati di sini di mana saya percaya akan memberikan pengetahuan baru tentang sains dengan anak anda. Apa yang menarik disini, terdapat trampolin, permainan chess gergasi, Whisper Dish, microsope experiment, mengenali serangga dan banyak lagi. Jangan lepaskan peluang dengan aktiviti "Education Hub" yang akan dijalankan mengikut jadual.


 

Tempat kedua yang kami lawat di sini adalah Monster House. Seperti namanya, rumah ini adalah untuk menguji keberanian anda. Sangat-sangat seram bagi mytravellicious. Teringat dengan rumah hantu "London Bridge" yang mytravellicious pergi bulan Februari yang lepas. Di dalam sini, cumalah hiasan dan boneka hantu, dan tiada hantu yang dilakonkan untuk menakutkan anda. Bukan untuk yang lemah jantung, dan bagi pendapat mytravellicious, kurang sesuai dengan kanak-kanak disebabkan sesetengah boneka yang agak seram dan dashyat, takut pula anak anda tidak berhenti menangis malam-malam.


 

Tempat yang ketiga disini adalah Dinasour Rangers. Banyak patung-patung dinasour di sini yang agak hidup bagi pendapat mytravellicious. Di sini juga terdapat permainan mini go-kart yang pasti menjadi kesukaan anak anda. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Raptor Maze yang mempunyai jadualnya yang tersendiri. Walaupun nampak seperti mudah, Raptor Maze pasti akan menghiburkan anda seisi keluarga/kawan-kawan dengan adegan menyelamatkan diri dari T-Rex. Agak mendebarkan disebabkan lakonan staf-staf disini terbaik dan membuatkan anda seolah-olah berada di dalam situasi yang sebenar.

Nak tahu lebih lanjut? 


2. Eagle Ranch Resort Port Dickson


 

 


Pertama kali menjejak kaki di sini dan secara jujur mytravellicious sangat kagum dengan persekitaran di sini. Setiap sudut adalah "Instagram Worthy" dan sangat sesuai sesiapa yang gemar bergambar. Eagle Ranch adalah sebuah hotel yang bertemakan "Cowboy" dan "Red Indian", setiap kawasan dan bentuk bilik adalah sangat unik. Mempunyai kawasan yang sangat luas dan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik ditawarkan di sini seperti Go-Kart, Paintball, Memanah dan lain-lain lagi. Sangat sesuai untuk aktiviti "Team Bulding" sesebuah syarikat atau organisasi. Sesuai juga untuk mengisi masa lapang sekeluarga.

Nak tahu lebih lanjut? 


3. Wild West Cowboy, Lukut


 

Jika anda berdekatan dengan Lukut, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Wild West Cowboy. Di sini banyak aktiviti-aktiviti yang disediakan samada anda datang sekeluarga atau bersama kawan-kawan. Pertama sekali, mereka mempunyai tayangan wayang 5D dimana setiap masa mengikut jadual akan menawangkan filem yang berbeza. Anda akan di masuk ke alam 5D, dimana anda merasa getaran, angin, bau, dan suasana yang seakan-akan hidup. Yang paling seronok jika terdapat filem rollercoaster, seakan-akan menaiki rollercoaster yang sebenar. Aktiviti yang lain di sini adalah seperti Awake Escape (Dinasour), Awake Thrill (ada 4 pilihan: Snow White, Mummy Awake, Rumah Hantu, dan Galaksi). Di sini juga mempunyai restoran cowboy, permainan arcades, kedai cenderahati dan lain-lain lagi.

Nak tahu lebih lanjut? 
Lawat Websitehttp://www.segarcity.com/


4. Lexis Hibiscus Port Dickson


 

 

Tempat yang paling "Instagram Worthy" bagi mytravellicious adalah Lexis Hibiscus Port Dickson. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati kolam renang di luar bilik masing-masing. Untuk pengetahuan semua, semua bilik di Lexis Hibiscus Port Dickson mempunyai kolam renang masing-masing. Bilik yang ditawakan juga mempunyai 2 katil Queen yang besar, sangat bersesuaian membawa keluarga anda disini. Pandangan jauh dari atas menyaksikan susunan resort di Lexis Hibiscus Port Dickson adalah menyerupai sekuntum bunga raya, iaitu bunga kebangsaan Malaysia. Hari tu, mytravellicious berpeluang untuk menginap di bilik di kawasan salah satu kelopak bunga. Makanan yang di tawarkan untuk bersarapan adalah sangat banyak sekali. Di sini juga, anda dapat merehatkan fikiran anda semasa bercuti setelah penat lelah bekerja di bandar.

Nak tahu lebih lanjut? 


5. Muzium Tentera Port Dickson


 

 

Salah satu tempat yang paling banyak aku ambik gambar. Setiap tempat adalah sangat "stylo" untuk bergambar. Muzium Tentera Port Dickson sebuah muzium yang diselenggara oleh Tentera Malaysia. Masuk ada percuma. Selama ini, mytravellicious ingatkan muzium ini adalah kurang menarik, rupa-rupanya tanggapan mytravellicious adalah salah sama sekali. Sungguh padat info yang diberikan di dalam muzium ini. Setiap bangunan mempunyai tema sejarahnya yang tersendiri, malah iainya sungguh interaktif dan selenggara dengan baik sekali. Apa yang lebih menarik perhatian adalah pameran pengangkutan tentera di kawasan Muzium. Mesti anak-anak sangat suka melihat jet pejuang, kereta kebal, helikopter, keretapi dan sebagainya. Kalau mytravellicious teruja dengan muzium ni, apatah lagi budak-budak yang lain.

Nak tahu lebih lanjut? 



6. Dickson Dragon Cruise at Lexis Hibiscus Port Dickson


 

Semasa bermalam di Lexis Hibiscus Port Dickson, mytravellicious berpeluang untuk menikmati kapal cruise yang diberi nama Dickson Dragon Cruise. Kami berlayar di sekitar Lexis Hibiscus Port Dickson. Sungguh seronok menikmati angin yang sempoi untuk malam yang sangat kasual. mytravellicious sempat mendendang sebuah lagu karaoke "Anak Kampung" untuk teman-teman yang lain. Memang penuh dengan gelak ketawa sepanjang perjalanan kapal cruise ini.

Nak tahu lebih lanjut? 


7. Pusat Ikan Hiasan Port Dickson


 

 

Untuk pengetahuan anda, masuk disini adalah percuma. Pusat Ikan Hiasa Port Dickson juga salah satu tempat yang wajib dilawati jika ke Port Dickson. Di sini, anda boleh melihat pemuliharaan penyu-penyu termasuklah anak-anak penyu yang comel. Di dalam pula, terdapat banyak akuarium untuk pelbagai jenis ikan. Yang paling mytravellicious suka lihat sini adalah kuda laut. Sungguh indah ciptaan Allah S.W.T ini. Jarang anda jumpa tempat akuarium yang masuk secara percuma dan mempunyai pelbagai spesies hidupan laut.

Nak tahu lebih lanjut? 


8. Heritage Walk @ Seremban


  

 

Heritage Walk @ Seremban merupakan produk pelancongan terbaru di Seremban. Laluan warisan telah diperkenalkan untuk membantu pelancong-pelancong mempelajari bangunan-bangunan sejarah yang terdapat di Seremban. Hari tu, mytravellicious sempat berjalan selama satu jam untuk laluan warisan. Kami sempat ke Bangunan BSN, Bangunan Sains(Balai Bomba Lama), Masjid Jamek Seremban, Bangunan Penasihat Undang2, Lit Seng Gong Temple dan Balai Polis Lama Seremban. Perjalanan kami diakhiri di N9 Sungei Ujong Walk. Tahukah anda, sebelum ini nama lama Seremban adalah Sungei Ujong?. Ya, mytravellicious pun baru tahu. Inisiatif laluan warisan ini haruslah dipuji kerana ianya mengekalkan bangunan sejarah yang semakin dilupakan.

Nak tahu lebih lanjut? 
Telefon: +606- 660 2626
Jom ke Negeri Sembilan: 8 Tempat Menarik, Aktiviti Best & "Instagram Worthy" Reviewed by mytravellicious on 7:46 PM Rating: 5

No comments:

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you! Any comment with the html link will be deleted. Thank you

All Rights Reserved by MYTRAVELLICIOUS - Food & Travel Blog Malaysia © 2009 - 2017
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.