Myanmar 1.0 - Episode 10 - Mandalay, Sunrise at U-Bein Bridge - MYTRAVELLICIOUS

Top Ad unit 728 × 90

Klook.com
random

Myanmar 1.0 - Episode 10 - Mandalay, Sunrise at U-Bein Bridge

 


Dah cecah tengah malam. Semua mengucapkan selamat malam kerana semua ada agenda masing-masing pada awal pagi dan iolz kena bangun jam 5 pagi untuk pergi melihat matahari terbit dan memulakan misi menjelajah Mandalay. 

Tepat jam 4.30 pagi iolz dah bangun. Terima kasih kepada handphone nokia iolz yang masih guna ringtone polyphonic. Cuma itu jer yang dapat buat iolz bangun. Kalau samsung ataupun handphone zaman sekarang, memang susah nak bangun. Mungkin ringtone yang tidak sesuai. Semakin lena dibuatnya. Iolz pun taktau kenapa diaorang buat alarm guna suara sungai-sungai & cengkerik.




Iolz buat apa yang perlu pagi itu. 10 minit sebelum jam 5 pagi, iolz dah terpacak kat lobby di bawah. Sepatutnya termasuk iolz, 4 orang yang akan ikut trip sunrise ini. 5 minit kemudian, 2 sekawan dari China muncul, prempuan. Cuma tunggu sorang lagi awek Korea. Setahu iolz awek Korea tu sama bilik dengan iolz, dan iolz tengok tadi dia memang lagi tidur. 

Dah jam 5, awek korea tersebut tak muncul-muncul, jadi anak owner pergi kejutkan dia di bilik. Tetapi anak owner bagitau kita orang yang awek korea tersebut kurang sihat dan tidak dapat ikut kami pada pagi itu. Jadi maksunya 15,000 kyat di bahagi dengan 3 orang sahaja untuk trip sunrise. 




Weolz memulakan perjalanan. Rupanya tak guna taksi pun, weolz guna van GH tersebut. Drivernya adalah owner GH itu sendiri. Hahaha. Pandai ko cari duit kan. Sewaktu weolz berhenti semasa lampu isyarat, tetiba van kami terserempak dengan John & Amy yang menunggang motorsikal. Mereka pun hendak pegi melihat sunrise. 

Owner tersebut menegur John dan menyuruh John mengekori van weolz. Dia kenal John sebab pagi tadi John mintak arah macam mana nak pegi ke U-Bein Bridge. 

Untuk aktiviti sunrise dan sunrise, semuanya berlaku di U-Bien Bridge. Situ memang cantik. Ada jugak yang hendak melihat dari Sagaing Hill, tetapi uolz kena tahan stamina yer, Sagaing Hill tu memang tinggi nak naik tangga. 




Hendak ke U-Bien Bridge rupanya sangat jauh jugak. Iolz tak boleh tahan sebab masih lagi mengantuk, memanglah tidur di dalam van sambil dibuai mimpi indah. Sesampai weolz di U-Bien Bridge, hari masih lagi gelap. Tapi iolz terus cepat-cepat mengambil tempat yang sesuai untuk mengambil gambar sebab iolz tadi tempat ini akan dipenuhi dengan pelancong lain. 

Mula-mula iolz tak tau sangat nak cop tempat kat mana, iolz jalan kat atas jambatan tu sampai kat tengah tapi iolz tengok ramai yang berkumpul kat bawah jambatan. Jadi iolz patah balik dah ikut serta orang lain. 

Matahari mula memunculkan, permandangan gelap bercampur dengan cahaya matahari terbit ini sungguh indah. Cantik sekali. Uolz boleh menyewakan bot untuk pergi ke tengah sungai dan mengambil gambar dari situ. Tapi bagi iolz, di tepi jambatan itu dah cukup, gamba pun dah menarik. Tipsnya untuk sunrise, sila berkumpul dekat dengan pokok tunggal yang takda daun kat situ.

Of course iolz tidak akan melepaskan untuk berselfie, di dalam iolz memegang monopod, undur punya undur, tetiba satu kaki iolz terjatuh masuk ke dalam satu lubang. Mula-mula iolz agak takut sebab takut lubang tersebut adalah lubang tempat tinggal reptilia. 

Bila iolz angkat kaki iolz, iolz nampak kaki iolz kekuningan... Haiiyooooo... Taikkk uolzzz..... Makk gelii.... Terus pengsan dan guling-guling masuk sungai. Tetiba teringat kisah Pak Pandir yang slalu diceritakan semasa di sekolah dahulu. Kisah Pak Pandir berjalan dan tetiba terserempak dengan benda kuning, jadi dia cuit dan rasa benda kuning tersebut lantas dia berkata “Ohw, taik rupanya, nasib baik aku tak pijak”…. Errkkkk



Di dalam iolz mencuci kaki iolz ala2 cover-cover sebab tak nak orang tengok, sempat lagi mata iolz melihat sekeliling kot-kot ada yang memerhati gelagat iolz. Haiyo, iolz dahla vogue, kaki penuh taik uolzzz….. matilaaa terus suey hidup 40 malam. Ini mesti sumpahan mak enon yang dengki dengan iolz travel ala-ala backpacker yang ada crown.

Dah cuci kaki iolz, tapi masih lagi rasa-rasa geli, *ewww*, iolz gigihkan lagi untuk mengambil gambar sehinggalah matahari muncul sepenuhnya.

Bila dah habis fenomena matahari terbit, iolz pun basuh lagi kaki tapi kali ini ala-ala cover macam puteri mahu bersantai di tepi tasik. Ko mampu? 



Bila iolz dah rasa puas ambik gambar yang banyak, iolz lihat jam 7.15 pagi. Jadi iolz pun pergi balik ke van weolz. Yang lain belum Nampak kelibat, jadi iolz pun sempat lagi posing-posing duck face di sekitar.

Dalam beberapa minit, 2 China dolls tu sampai, jadi weolz pun mula balik ke GH weolz, tapi dalam van tu nasib baik lah tak bau busuk kaki iolzz…. Hahahha

Sampai kat GH 10 minit lagi jam 8 pagi, iolz terus masuk bilik, mandi bunga sebab jam 8.30 pagi iolz ada lagi tour 3 cities. Tersangatlah gigih…

Bersambung....
Myanmar 1.0 - Episode 10 - Mandalay, Sunrise at U-Bein Bridge Reviewed by Abang Fadli on 5:25 PM Rating: 5

2 comments:

  1. perghh sibaek x bau.. lawa gambo sunrise tu..

    ReplyDelete
  2. tengok gambar dah lawo.. tetiba keluar citer tahik. hahahahha

    nasib aku dah makan

    ReplyDelete

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you! Any comment with the html link will be deleted. Thank you

All Rights Reserved by MYTRAVELLICIOUS © 2009 - 2015
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.