Myanmar 1.0 - Episode 05 - Bagan, Arriving, Ostello Bello Hostel, E-Bike - MYTRAVELLICIOUS

Top Ad unit 728 × 90

Klook.com
random

Myanmar 1.0 - Episode 05 - Bagan, Arriving, Ostello Bello Hostel, E-Bike


Iolz melangkah turun dari bas. Arghhhh.. Ini adalah Bagan! Dan persekitaran adalah sangat sejuk sehingga menusuk ke tulang.

Iolz mula mencari backpack iolz di dalam ruang bawah bas. Ya, iolz menjumpai backpack Osprey merah iolz. Iolz ambil dan mula berjalan ke arah pejabat JJ Express. Tetapi alangkah peliknya rasa iolz kerana backpack yang iolz bawak terlampau ringan dan warna maroonnya agak muda.

Iolz mula memeriksa backpack Osprey tersebut. Alamak, ini beg orang lain. Iolz terus berlari ke arah bas tersebut dan letak kembali backpack tersebut ke dalam ruang beg. Sewaktu hendak meletakkan backpack tersebut, tuan empunya backpack tersebut pun mengatakan itu adalah backpack dia. 

Iolz meminta maaf dengan empunya backpack tersebut dan explain yang backpack dia sama dengan iolz. Dia pun rasa pelik kenapa backpack dia (actually backpack sebenar iolz) a little bit besar daripada beg sebenar dia. Empunya beg tersebut adalah seorang perempuan mat salleh menggunakan cermin mata. Iolz perasan yang minah ni duduk di belakang iolz bersama dengan seorang lagi minah mat salleh. Owh.. nak bagitau watak minah mat salleh ini penting untuk character semasa di Inle Lake nanti.

Setelah mengambil backpack iolz, iolz terus pergi ke pejabat bas tersebut. Ramai jugak yang mengoffer pengangkutan teksi. Iolz lihat bas yang satu lagi sudah sampai terlebih dahulu daripada bas iolz, maksudnya Zoey telah sampai dahulu. Kelibat Zoey tidak kelihatan di sekitar perkarangan bas.

Sewaktu hendak masuk ke pejabat bas tersebut, iolz berasa gembira kerana mendapati Zoey berada di situ. Iolz pun menegur dia, dia sedang bercakap dengan receptionist kaunter bas tersebut. Zoey sedang bertanyakan tentang kemudahan bas awam di sekitar Bagan. Apa yang diberitahu oleh receptionist tersebut, terdapat pengangkutan bas awam dari sini terminal bas ini dan akan ke New Bagan dan Nyang U, tetapi dia tidak dapat memberitahu secara terperinci kerana disebabkan dia takut akan dimarahi oleh pemandu taksi.

Setelah selesai, seperti yang kami rancang di Yangon, kami akan berkongsi taxi ke New Bagan. Sewaktu kami hendak mencari pemandu teksi, terdapat seorang minah mat salleh yang menegur kami yang ingin berkongsi teksi. Dia cakap hendak ke New Bagan sebab dia ada conference. 

Seminit selepas itu, ada 2 orang minah Vietnam pulak yang datang kepada kami bertanyakan kepada kami untuk berkongsi teksi. Jadi kami ada 5 orang. Setelah tawar menawar, teksi tersebut memintak 3 usd seorang, kami pun setuju. Kami ingatkan menggunakan teksi, rupanya menggunakan van yang besar. 3 usd seorang? Not bad untuk ke New Bagan.

Ke New Bagan, dalam masa 15 minit sahaja, mula-mula 2 orang minah Vietnam sampai ke hotel mereka. Kemudian kami bertiga turun di At Bagan hostel. Iolz dengan Zoey terus ke hostel dan minah mat salleh yang hendak ke conference itu entah ke mana, dia cakap hendak cari hotel murah katanya dan ini bukan bertama kali dia ke sini, jadi dia sangat familiar dengan persekitaran disini.

Seperti yang iolz bagitau sebelum, iolz menempah hostel Ostello Bello melalui Booking.com manakala Zoey menempah At Bagan melalui Agoda.com.


Ostello Bello Business Card, click for enlarge

Sewaktu weolz sampai di At Bagan, suasana persekitaran adalah sangat indah. Aura persekitaran adalah sangat bagus dan mengiayakan. Iolz dan Zoey pun masuk ke dalam hostel. Di sambut dengan ucapan selamat datang oleh receptionist. Receptionist adalah seorang lelaki Italian.

Ruang Menunggu Ostello Bello Hostel

Iolz pun bertanyakan tentang Ostello Bello. Dia mengatakan inilah hostel Ostello Bello. Ini adalah nama baru hostel tersebut. At Bagan adalah nama lama, dan Ostello Bello adalah nama baru. Jadi, ini bermakna iolz dengan Zoey akan tinggal di hostel yang sama.

Weolz pun mula daftar masuk dan membuat bayaran. Harga untuk satu katil di bilik dorm 6 orang adalah 22 USD. Harga yang agak tinggi tetapi bagi iolz, selagi tempatnya bagus dan yang penting dapat berjumpa traveler yang lain, adalah cukup sempurna bagi iolz, tidak bosan sangat dan mungkin akan mendapat teman travel yang lain.

Disebabkan bilik semua masih lagi penuh, kami perlu menunggu tengah hari untuk masuk ke dalam bilik. Kami meletakkan beg di dalam bilik penyimpanan beg, dan kami berehat seketika di ruang menunggu sembil menikmati kopi panas. Ramai jugak yang lain sedang melepak di ruang menunggu ataupun boleh dikatakan lobby hostel.

Ostello Bello Hostel

Receptionist mencadangkan kepada weolz untuk menyewa E-Bike dan boleh pergi melihat matahari terbit di candi yang berdekatan. E-bike adalah motosikal yang menggunakan elektrik, dan menggunakan batteri. Kedai E-Bike terdapat di sepanjang jalan di New Bagan ini. Tetapi, receptionist ni bagitau, kami boleh menyewa E-Bike di kedai hadapan hostel.

Di sebabkan hari semakin hampir dengan terbitnya matahari, jadi iolz dengan Zoey bersetuju untuk berkongsi kos E-Bike, maksudnya kami berdua akan menyewa satu E-Bike. Weolz pun pergi ke kedai E-Bike di hadapan.



INTERMISSION

Di Myanmar, semua pelancong asing cuma dibenarkan untuk menggunakan E-Bike sahaja. E-Bike adalah motor yang menggunakan kuasa elektrik, bererti tiada pencemaran udara berlaku. 

Tetapi jika anda lihat warga tempatan, mereka akan menggunakan motor biasa, jadi janganlah hairan.

Kerajaan Myanmar ingin mengurangkan pencemaran udara lebih-lebih lagi di Bagan, tempat tarikan pelancong. Tidak mahu yang berlaku di Yangon (pencemaran udara yang teruk), mereka menganggap ini adalah salah satu inisiatif memandangkan bilangan pelancong adalah sangat tinggi di sini.

 

Weolz tanya harga E-Bike disini, 15 usd untuk satu hari. Jika bahagi 2, seorang perlu mengeluarkan 7.5 usd. Jadi kami pun memilih E-Bike yang weolz nak. Sebenarnya, iolz ingin menyewa E-Bike seorang disebabkan iolz tengok E-Bike itu sungguh bersaiz kerdil. Iolz sangat berat ok, mampu ke E-Bike tampung berat iolz tambah dengan berat Zoey? Tapi Zoey nampak sangat berjimat, jadi iolz pun setuju jugak dengan idea dia. Bak kata iolz, ikut flow kan.



E-bike weolz!

Dalam weolz memilih E-Bike, ada 3 orang mat salleh yang dari hostel yang sama datang dan ingin menyewa E-Bike dan juga hendak melihat matahari terbit. Weolz pun tegur diorang, dan weolz pun tanya boleh tak weolz join sama sebab weolz tak tau jalan. Diorang cakap diorang pun tak tau jalan jugak tapi jalan je lah.

E-Bike diorang 3 dah sedia, weolz pun dah sedia, tetapi apabila weolz hidupkan enjin E-bike weolz, baru weolz tahu yang tayar weolz kurang angin. Haiyyyoo... jadi kena tambah angin, weolz bagitau dengan 3 orang mat salleh tu diorang tak payah tunggu weolz, diorang boeh jalan dulu sebab takut nanti tak sempat tengok matahari terbit. Diorang pun jalan meninggalkan weolz...

Setelah selesai menambah angin, weolz baru perasan yang lampu E-Bike pulak tak berfungsi. Sebab weolz nak cepat, weolz pun cakap tak apalah, sebab weolz nak sewa waktu siang sahaja.Tambah dia lagi, kalau E-bike ada masalah, cuma call sahaja nombor dekat kunci ni
Weolz pun mulalah perjalanan dengan menggunakan E-Bike.

Uolz, slalunya kita bawak motor, kita yang duduk biasanya akan duduk dengan selesa. Tetapi semasa dengan Zoey, dia asyik suruh iolz duduk ke depan sedikit sebab tak nak rapat-rapat. Haiyooo... memang tak selesa iolz bawak E-Bike itu.

Mula-mula kekok jugak nak bawak. Sejuk gilerr uolzzz... iolz tak dapat gambarkan sejuk nie. Lain macam. Tak expect pulak sesejuk ini. Iolz cuma menggunakan baju sejuk yang nipis dan menggunakan topi cap superman iolz.

Zoey berperanan menjadi GPS iolz, sebab dia duduk belakang, jadi memang kerja dialah untuk membaca peta.

Sesampai di simpang empat pertama, iolz bertanyakan kepada Zoey ke mana harus iolz pegi. Zoey dengan konfidennya memberitahu KIRI!

Bersambung....
Myanmar 1.0 - Episode 05 - Bagan, Arriving, Ostello Bello Hostel, E-Bike Reviewed by Abang Fadli on 8:00 AM Rating: 5

10 comments:

  1. Bagan is not at world heritage site yet..

    ReplyDelete
  2. Teringin juga menjejakkan kaki di Myanmar...tapi mungkin tidaklah sampai untuk meneroka pagodanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. most of attraction kat sini adalah pagoda.... just tgk architecture nye

      Delete
    2. Pak Lang Mie..kalau nk ke sana..hajak JM sekali..nanti PLM tunggang E-bike leh JM jadi pembonceng..tapi JM bonceng di belakang tak de lah nak duduk jauh2 like Zoey tu..boleh ahahahaha...lariiiiiiiiiii

      Delete
  3. kalau nak selamat dari tertukar beg..letak luggage tag!

    ReplyDelete
  4. alamak...perlu pandai tunggal motosikal lah ye baru leh sewa E-Bike tu...dh lama x tunggang motosikal...susah sikit lah yek

    kenapalah E-bike tu like tak maintain dengan baik..tayar x de angin..lampu rosak..kalau JM mesti nak tukar yg lain

    ReplyDelete
  5. Zoey tak nak duduk rapat2...batal air wuduk kot ahahah..kalau JM...keh keh keh...bukan je rapat..di pelok nya lagi takut jatuh ahahaha

    ReplyDelete

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you! Any comment with the html link will be deleted. Thank you

All Rights Reserved by MYTRAVELLICIOUS © 2009 - 2017
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.