01 May 2015

Myanmar 1.0 - Episode 04 - Journey to Bagan Begins

   8 comments     
categories: ,

 

Tetiba iolz recheck tiket iolz balik, No bas iolz lain, No flat YYYY, terus iolz hampaa dan mengucapkan goodbye kepada Zoey & hope to see her in Bagan.

Selang beberapa minit kemudian, bas iolz telah bersedia untuk berangkat. Jadi boleh disimpulkan terdapat 2 bas yang ke Bagan serentak pada jam 8.30 malam. 

Sebelum iolz naik bas, sempat iolz tanya pasal backpack iolz dah masuk dalam bas ke belum sebab giler ko kalau iolz hilang backpack pada hari pertama iolz start journey. Sadis.

Diorang sempat suruh iolz cari beg iolz dalam kompartmen sebab diorang tengok iolz macam mak-mak orang yang boleh meletup jika tak puas hati. Boleh gitu? Dah puas hati backpack iolz dalam compartment, iolz pun melangkah diva naek ke dalam bas.

Wow! Very the VVIP bas ni uolz. Vogue the vast je. Terus iolz feeling Tyra Bank sebab naik bas kelas pertama. Tempat duduk iolz solo. Tempat dudok satu baris ada 3 dimana ada 1 di kiri dan 2 di sebelah kanan.
In the bus, hiraukan diva yang tengah posing ntah apa-apa itu

Duck face for you

Uolz tengok gambar jelah. Susah iolz nak ceritakan betapa vogue the vast bas ini. Selesa. Dalam beberapa minit, bas ini telah dipenuhi. Ramai jugak mat salleh dalam bas ini. 

Akhirnya bermulalah perjalanan 10 jam ke Bagan. Suprisingly di Myanmar sangat menepati masa. Jam 8.30 malam tepat bas bergerak. Dijangka sampai di Bagan dalam jam 4.30 pagi.

Yang pelik di dalam bas adalah mereka tidak pernah memeriksa tiket bas. Mereka cuma memeriksa tempat duduk yang mana ada orang dan tidak sahaja. 3 bas iolz pakai memang tak pernah kena check tiket pun.

Jika kelas pertama, apa yang patut ada? Semestinya stewardess. Stewardess bagi makanan dalam kotak iaitu roti dan biskut. Dia juga memberikan tisu wangi dan ada jugak membuat annoucement ala-ala di dalam flight.

Wah, makanan uolz! ada biskut kacang lagi

Sebenarnya tak hairan pun stewardess bagai, sebab perjalanan Vietnam-Cambodia yang lepas pun semua bas mempunyai stewardess mahupun steward walaupun bas nya adalah bas economy.

Dalam setengah jam pertama, iolz terfikir dengan kata-kata Zoey untuk menempah bilik. Iolz dah mula goyang sebab jika iolz sampai di Bagan jam 4.30am dan tidak ada tempat tinggal, kan niaya.

Jadi, iolz mula mengeluarkan HP iolz dan mula buka apps Agoda untuk melihat hostel yang telah di tempat Zoey, At Bagan nama hostelnya. Tetapi Agoda perlu membayar terus harga bilik. Jadi iolz dinch je Agoda.

Iolz mula buka satu lagi apps, Booking.com, memeriksan hostel di kawasan Bagan. Iolz ternampak satu hostel nama Ostello Bello, mempunyai rating yang sangat tinggi dan jugak terletak di New Bagan. Ok jugak nih, kata hati iolz. Sebab jika terletak di New Bagan, iolz bolehlah share taxi dengan Zoey tanpa masalah.

Tetapi melihat gambar-gambar Ostello Bello di Booking.com, tetiba iolz macam pernah nampak jer hostel ni. Aiyo, ni hostel sama kat Agoda ni, nama jer lain iaitu At Bagan, yang Zoey tempah tu. Tanpa berlengah, iolz pun book satu bilik dorm di Ostello Bello. 

Kelebihan Booking.com adalah uolz tidak perlu untuk membayar apa-apa sebagai tempahan. Walaupun perlu melihatkan details kredit card uolz, uolz letak je details credit card tetapi letaklah fake number untuk 3 digit belakang kredit card uolz itu.

Bila dah book bilik, iolz berasa lega. Tetapi iolz berasa pelik jugak sebab sewaktu di Malaysia, iolz cuba search hotel area Bagan melalui Agoda atau Booking.com, cuma 2-3 hotel jer yang keluar. Tetapi kali ini, melambak-lambak je pilihan hotel.

Malas nak fikir, baik iolz makan kuih dan biskut dan lepas tu iolz boleh la tidur dengan nyenyak. Tambahan lagi selimut pun di sediakan. 
Ada selimut

Iolz pasang Sony Zappin dengar lagu tema kembara iolz kali ini dan terus terlelap. Terjaga apabila bas bukak lampu dan stewarded bagi tisu wangi. Stewardess bagi pengumuman yang weolz akan berhenti kat sini untuk 30 minit.

Bas berhenti, iolz ke tandas. Kawasan perhentian ni sangat besar dan terdapat beberapa restoran yang besar. Tetapi iolz tak lapar lagipun macam tak selera nak makan tambahan bukan halal pun. Iolz lepak tepi bas. Sejuk giler ok!

Iolz sempat beli jagung rebus yang menggunakan basikal. Sangat kreatif. Tengoklah gambar. Susah nak describe.

Jual jagung guna basikal, yang segiempat tu macam dapur, bila stim naik atas, kene jagung atas tampi tu jadi panas
 
Makan jagung, banyak lagi buah-buanh tempatan disini

Ternampak kelibat Zoey, so iolz pegi tegur dia. Weolz berborak. Iolz bagitau yang iolz dah book bilik dorm kat hostel di New Bagan. So nantilah, kalau nak share taxi, tunggu jelah kat bas station tu nanti jika siapa sampai dulu. Iolz bagitau jugak yang Ostello Bello hostel yang iolz tempat tu sama dengan At Bagan yang dia tempah. Tapi dia macam tak percaya. 

Biarlah, kata iolz. Nanti pandai-pandai iolz cari kalau tempat tak sama.

Gerai-gerai kecil menjual makanan ole-ole

Buah anggur
Perjalanan diteruskan sehinggalah ke Bagan tanpa berhenti. Cuma satu je perhentian. Bersyukur sangat yang perut iolz tak meragam sepanjang perjalanan.

Iolz sambung tidur. Tetiba lampu di dalam bas dinyalakan lagi. Stewardess buat pengumuman. Iolz tengok jam sekitar jam 4 pagi.

Stewardess: Tuan-tuan dan puan-puan, kita telah sampai di terminal bas Bagan. Terima kasih kerana memilih JJ Express dan semoga kita berjumpa lagi. Enjoy in Bagan Uolzzz...

Iolz melangkah turun dari bas. Arghhhh.. Ini adalah Bagan! Dan persekitaran adalah sangat sejuk sehingga menusuk ke tulang.

Bersambung....

8 comments:

  1. Cantik ye bas kat sana.. Norh tak pernah lg study nak ke myanmar.. Boleh refer blog ni la nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang selesa bas kat sini.... :)

      Delete
    2. Hai Norh..kita jumpa kat sini...jom kita le Bagan NAK? tapi bukan Bagan Lalang ye heeee

      Delete
    3. hehe... bagan lalang.... ok jugak tu

      Delete
  2. naik bus je pun tapi langkah naik bas tu tak menahan..langkah DIVA katanya hahahaha..HOVER tau!

    ReplyDelete
  3. seat dalam bas lebih besar dari seat airasia tuh....JM nk tgk ni pun boleh rasai ke DIVAan tu
    10 jam perjalanan ..no wonderlah kondisi bus first class..kalau yg biasa2 je mahu tersepai di tgh jalan hahah..keselesaan penumpang kebanggaan kami..boleh giteww

    ReplyDelete
  4. JM suka guna booking.com dari Agoda.com...tapi belum pernah pulak try masukkan 3 digit terakhir tu dgn fake no...accept eh..so leh try lah nanti kalau nk booking guset house di Seoul nanti

    ReplyDelete
  5. SEJUK!!! jam berapa uolss ke Bagan...waktu siang mesti PANAS terik kan...ioulls ni x tahan panas cepat sunburn sob sob sob

    ReplyDelete

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you!