Hat Yai, Thailand - MYTRAVELLICIOUS

Top Ad unit 728 × 90

random

Hat Yai, Thailand

Hat Yai - Krabi - Koh Samui: Episode 02


Ok... This is it, hari ini iolz start my journey using mostly free flight tickets. Ahaks! Tetapi kembara kali ini iolz takda mood sangat nak buat research. Iolz research sket-sket je. Maklumlah tempat-tempat ini adalah sangat common untuk pengembara budget seperti iolz nih.

Thailand Arrival Card
Flight iolz dari Kuching adalah sangat smooth dan tidak ada seberang delay berlaku. Maklumlah kan, AA flight kan terkenal dengan ke-delay-an nye. Tapi Alhamdulillah tak delay! yoshh. Flight iolz adalah seawal pagi hari. Flight pertama yang terbang ke KL iolz rasa. Selepas sembahyang suboh, ayah iolz hantarkan ke airport. Of course iolz dalam flight tempah makanan. Nasi Lemah Pak Nasser my fav. Kiranya opening food for this kembara la kan.... mati la, kata nak budget, makan dalam flight pulak....

Sesampai di KL, ada 2 jam for my next flight. Iolz tak takde luggage check-in pun. Cuma bertemankan bag deuter Iolz. For the check-in, Iolz tak risau sebab iolz dah check-in siap-siap kan rumah. Cuma nak tunggu flight my flight je. So, iolz terus masok departure hall, banyak sket tempat dudok. 

Fuyooo, ramai jugak yang pegi Hat Yai nih. Anyway, iolz plan dari Hat Yai iolz terus shoot ke Krabi. Nanti jalan-jalan Hat Yai at my last day of journey la. So, iolz tak tempah pun for the first day nih. And stay for the last day nanti, iolz dah book through Agoda. Murah jugak. Dalam RM20 for the double private room. Cathay Guesthouse uolz, Memang terkenal untuk harga bilik yang murah nih. So iolz tempah awal-awal, malas nak last2 minute nanti takde bilik, binasa kan....

Sesampai di Hat  Yai airport, disambut oleh patung tembaga duyung
Setibanya di airport Hat Yai tu,disambut oleh patung duyung. Mungkin ada sejarah dier kot. Lagenda duyung... boleh?

Alamak, sampai-sampai kat Hat Yai, 15 minit lagi nak jam 1.30petang, so kalau pakai Cathay Guesthouse Tour, van last diorang bertolak ke Krabi jam 1330. Iolz harap2 sempat ambik van tu. Iolz call jugak nak confirmkan ngan diorang, tapi iolz taknak book dulu, sebab takut tak sempat.

Kluar-kluar kat airport Hat Yai tu, iolz pakai shuttle van. Dalam 100baht ataupun lebey kurang RM10. Iolz bagitau je drop kat Cathay Guesthouse. Nak sebut Cathay tu biar betul ya.... So, perjalanan tak lah jauh pun, iolz rasa dalam 10 minit gitu sampai. Mula-mula dia drop sorang mamat kat Tune Hotel dulu. Pastu drop iolz. Iolz sampai-sampai depan Cathay tu dalam 1.45 petang, maksudnya van tak gerak dah. Iolz tak sempat nak ambik dari Cathay tu ke Krabi.

Shuttle Van dari airport to town, 100baht=RM10
For ur info la, kat Cathay Tour Agency nih (Atas dier Cathay Guesthouse) rasanya paling murah kot ke Krabi, around 250baht je. Sebab dah terlepas, iolz kene merayau-rayau cari kompeni yang provide van ke Krabi. Ade yang 350baht, tapi bertolak jam 5petang. Iolz tak nak lewat sangat.

Last-last aku amik van ke Krabi daripada M&R Tour Company, mahal sket dalam 400baht
So jalan-jalan lagi, ade satu company provide jam 3 ptg!. Yes. Tapi tiket mahal sket, 400baht. So iolz ambik je la malas nak fikir lagi. Yang penting kene sampai Krabi jugak hari ini. So iolz register and bayar everything, pastu iolz letak bag iolz kat counter company tu. Diorang pun friendly jugak. Ambik-ambik pamphlet yang perlu.

Jalan-jalan bandar kat Hat Yai
Pas letak bag tu, ada masa satu jam lagi, so iolz jalan-jalan kat area situ. Singgah kat salah satu shopping mall situ, nak carik stationary. Carik buku kecik sebagai nota sebab terlupa plak nak bawak. Nak catat perbelanjaan and everything lah.

Kat Hat Yai ini banyak jugak muslim. And most of them boleh cakap bahasa Melayu. So jangan terkejut lah. Iolz pegi lunch kat Restaurant Sulaiman. Pandai cakap melayu. Menu pun dalam Melayu. Harga pun boleh tahan jugak. Nasi Goreng dalam RM5... tapi makan jela. Eventhough iolz ade bawak bekalan maggi yang sangat banyak, tapi nak jugak rasa msakan kat Hat Yai ni kan....

Kat Restoran Sulaiman 2... aku makan nasi goreng ayam je ngan milo ais.... lapooo

Pas-pas makan tu, iolz balik ke company tour tu, van lewat dalam 15 minit. Pas van sampai, iolz lega jugak. Kat Krabi iolz dah tempah siap-siap bilik dorm kat Pak-Up hostel. So, iolz bagitau terus ngan driver aku. Dier tau Pak-UP hostel... So bermulalah perjalanan ke Krabi......

Restoran Sulaiman 2 Name Card dan menu
Hat Yai, Thailand Reviewed by Abang Fadli on 3:00 PM Rating: 5

1 comment:

  1. mane sambungan krabi and samui trip? hehehe

    ReplyDelete

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you! Any comment with the html link will be deleted. Thank you

All Rights Reserved by MYTRAVELLICIOUS © 2009 - 2017
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.