7 Tempat Menarik & Makan Best di Kuala Selangor dan Sekinchan - MYTRAVELLICIOUS - Food & Travel Blog Malaysia

Top Ad unit 728 × 90

random

7 Tempat Menarik & Makan Best di Kuala Selangor dan Sekinchan


Pada bulan April yang lepas, aku melawat Kuala Selangor dan Sekinchan untuk pertama kalinya bersama-sama dengan rombongan Tourism Malaysia Sentral. Ya, betul, pertama kali!. Tujuan aku ke sini adalah melihat acara Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2019 yang bertempat di Pantai Remis, Kuala Selangor. Perjalanan di mulakan pada jam 8pagi dari Kuala Lumpur. Jadi, 7 tempat yang aku sempat lawat ini adalah ringkasan perjalanan selama 12 jam, dari pagi sehinggalah ke malam. Untuk pengetahuan anda,  jarak Sekinchan adalah lebih kurang 30 minit dari Kuala Selangor.





1. Rabitah Catering - Sarapan Pagi


Kami sampai ke Kuala Selangor pada jam 9pagi. Tempat pertama yang kami singgah adalah di Restoran Rabitah Catering untuk sarapan pagi. Jangalah hairan, di sini lauk pauk telah di sediakan seawal pagi seakan-akan di Kelantan, di mana mereka makan makanan berat untuk sarapan. Ada jugak makanan ringan untuk sarapan disediakan seperti kuih muih, nasi lemak dan lain-lain lagi. 


 

 





2. Pantai Remis 



Tujuan utama kami adalah untuk ke Pantai Remis adalah bagi menyaksikan Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2019. Agak meriah untuk acara pada kali ini di mana hampir 1700 penyertaan kaki joran dari seluruh Malaysia untuk mencuba nasib pada edisi kali ini. Untuk pengetahuan semua, johan akan membawa  balik hadiah RM70,000 tunai. Yang paling menarik, hasil ikan ditangkap seawal minit pertama pertandingan di rasmikan. Untuk hari-hari biasa, Pantai Remis adalah satu tempat yang aman damai untuk menenangkan fikiran.



 

 




3. Bukit Malawati



Sebelum ini aku hanya mendengar tentang sejarah Bukit Malawati. Hari ini, aku berkesempatan untuk melihat sendiri apa yang menarik di Bukit Malawati ini. Dengan bayaran masuk RM3 untuk dewasa (sangat murah), anda akan di bawa dengan menggunakan keretapi berbentuk trak sampai ke puncak Melawati. Anda juga boleh memilih untuk naik Bukit Malawati sendiri dengan menaiki tangga. Dikenali juga dengan gelaran Bukit Selangor. Permandangan dari atas adalah sangat istimewa. Di sini juga, anda boleh bermesra dengan monyet-monyet Bukit Malawati, yang boleh aku katakan  jinak terutamanya monyet yang berbulu hitam. Banyak makanan untuk diberikan kepada monyet-monyet dijual di atas Bukit Malawati ini. 



Mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784). Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang, telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing. Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.



 

 




4. Mee Udang Banjir Udang Galah - Makan Tengah hari



Setelah penat melawat Bukit Malawati, perut kami mula berbunyi menandakan waktu makan tengahhari telah tiba. Kami singgah ke restoran Mee Udang Banjir Udang Galah. Sudah tentunya aku makan makanan istimewa restoran ini. Mee Udang Banjir Udang Galah bersaiz sederhana berharga RM15, terdapat 5 ekor udang galah di dalam mangkuk mee udang aku. Bagi pendapat aku, mee udang nya adalah biasa sahaja. Banyak menu lain juga yang melibatkan udang galah seperti kueh tiaw, nasi gorang dan sebagainya.


 

 






5. Ah Ma House, Sekinchan



Perjalanan diteruskan untuk ke kawasan Sekinchan, lebih kurang 30 minit perjalanan dari Kuala Selangor. Tujuan adalah untuk ke Ah Ma House. Ah Ma House adalah sebuah kedai runcit yang menjual barang-barang "old school". Masuk ke Ah Ma House adalah seperti mengimbau kembali memori lama yang seakan-akan pudar dengan peredaran masa. Ada sudut-sudut yang sangat sesuai untuk bergambar dan "Instagramable". Anda boleh membeli kuih kapit disini kerana dikatakan enak dan popular.



 

 





6. Sawah Padi, Sekinchan




Di sekeliling Ah Ma House adalah sawah padi yang menghijau. Jika anda melawat pada bulan April, permandangan adalah sangat indah. Bolehlah anda mengambil gambar untuk kenang-kenangan jika anda tidak pernah ke sawah pada seperti aku. Di kawasan sawah padi ini, aku perasan ada beberapa buah seperti hostel untuk menginap bagi sesiapa ingin lari dari kesibukan kota. Ini adalah rancangan aku nanti, menginap di Sekinchan berhadapan dengan sawah padi, tapi kena pastikan padi sedang menghijau, barulah best. Sepanjang jalan juga terdapat pondok yang menjual buah-buahan tempat seperti buah mangga dan lain-lain. Bolehla beli untuk buah tangan orang di rumah.


 





7. Puyuh Seafood Corner - Makan Malam





Nampaknya masa agak cemburu dengan kami, dah gelap hari rupanya. Tibalah masa untuk kami balik ke Kuala Lumpur. Tapi kami singgah dulu ke Puyuh Seafood Corner untuk menikmati makan malam. Kami telah meng'order' tomyam, ikan tiga rasa, kerang bakar, sayur-sayuran dan lain-lain lagi. Servis hidangan di sini tidaklah begitu memuaskan, dengan makanan dihidangkan memakan masa yang agak lama. Tetapi setiap hidangan adalah sedap. Alhamdulillah semua kenyang dan sebenarnya agak kepenatan. Sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, rasanya semuanya terlelap.


 
 

7 Tempat Menarik & Makan Best di Kuala Selangor dan Sekinchan Reviewed by mytravellicious on 12:45 AM Rating: 5

No comments:

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you! Any comment with the html link will be deleted. Thank you

All Rights Reserved by MYTRAVELLICIOUS - Food & Travel Blog Malaysia © 2009 - 2017
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.