22 December 2016

Where to stay in Hanoi near Old Quarter - GA Hostel with Kitchenette Muslim Friendly


In you are planning to go to Hanoi, of course Old Quarter is the best place to stay plus it is a backpackers heaven. From a cheap street foods, massage, tour agent company, shopping, nightlife and everything you can find in Old Quarter.

Most of the attraction also located in here. You can easily spend your night enjoying street food and looking at the people walking on the street. It is really pack area. Just be careful with your belonging. But I can say, here is more safe rather than Ho Chi Minh city where the sellers more aggressive at the South.


In Old Quarter, you can choose a lot of hostel, most of them is really cheap and good. It is depends on you now whether you want party hostel or else.

For me, as a solo Muslim traveler, I am looking for a hostel that provide kitchenette as I brought the instant food all the way from Malaysia, as I know Halal foods in Hanoi are rather expensive and limited.

And I had found the best hostel in Old Quarter to fulfill my criteria. It is called GA Hostel.

 Variety of breakfast been served

Variety of breakfast been served

Location
GA Hostel is located in the Old Quarter. But the best thing is, this hostel located at the very quite alley. So it is really quite at night even though Old Quarter is very busy area.


As it is located in Old Quarter, you can get easily and cheap from the airport. When I say cheap, I mean in. From NocBai airport Terminal 1 (domestic), take public bus No.17 outside the airport. Ticket only 9000VND(RM1.80), stop at last station (Long Bien Station) and you can walk for 1km to this hostel (with google map help).

Dorm room

Room
The room is really spacious and comfortable. The beds are really tough and not easily shaking when someone going at the the upper bed. Every bed has its own light and socket. Last time I stayed in the dorm where have 2 shower rooms in the room and 1 toilet outside.

Price
Dorm room, mixed or girls dorm, you can get one bed for 6USD per night.
  
 GA Hostel from a corner

Staffs
There are 2 receptionist, Phoebe and Brian. Both are fluent in English and very helpful too. There is one cleaner who really good at her job. She worked every morning to make sure the room is in good condition.

Phoebe, the receptionist

Environment
Even though the common area is small, but I love it. I always spending my time with my laptop at the common area. I think it is the best area rather than spending in the restaurant. There is guitar, board games, television and PS3 for you to spend your time.

Myself working with my blog at the GA Hostel common room

Facilities
Having a Halal food is Hanoi is really hard and expensive. The cheapest food you can get is at Zaynab Restaurant (Next to the mosque) around RM14 per meal. For now, to save budget, you can cook your own meal confidently in Ga Hostel. For MUSLIM, they have prepare special Frying Pan, Bowl, Plate, Spoon and Fork just for you!! Just ask about this when you are checking in. So do not forget bring your MAGGI or Brahim.... But, if you have any extra foods, do not forget to leave some food in the muslim food locker for any traveler in the future ya~

I can cooked easily as using special utensil for Muslim use.

Special utensil only for Muslim use

Wifi
 I love their Wifi, really fast!

Security
Despite the location at small alley in old quarter, it is very safe as only the alley lived by the local family. Outside the hostel, the have the CCTV to monitor. And the counter is open 24 hours.

 There are 2 shower rooms inside my dorm room

The toilet

Overall Rate 85/100
I would love to comeback as the have really good kitchenette and I always like small hostels where you can get to know many traveler.


GA Hostel
50 Hàng Bạc, Hoàn Kiếm, Hanoi



 

17 December 2016

Tips Travel ke Pulau Belitung Indonesia, 4Hari 3Malam Itinerari, 30 Aktiviti Menarik



Selepas menonton filem Laskar Pelangi yang diadapatasikan dari novel yang ditulis Andrea Hirata pada tahun 2008, keinginan untuk melihat sendiri keindahan Pulau Belitung membuak-buak. Namun, setelah 7 tahun menanam keazaman, maka dengan rezeki yang ada, dapat berpeluang untuk menjejak kaki ke pulau yang indah ini. 

Pulau Belitung terletak di antara kepulauan Jawa dan Sumatra, dan merupakan sebuah provinsi Bangka-Belitung. Dengar ura-ura lapangan Tanjung Pandan hendak dibaikpulih dan akan dinaik taraf ke lapangan terbang antarabangsa, dan mungkin akan ada penerbangan dari Kuala Lumpur pada akan datang.



Jom layan video klip Laskar Pelangi OST daripada Nidji

Tahukah anda Belitung atau Belitong adalah merupakan salah satu nama untuk "Siput Laut". Pulau ini menyerupai kepala manusia. Terdapat sebuah lagenda yang mengatakan pulau ini adalah merupakan sebuah bahagian utara Pulau Bali yang terputus dan hanyut di bahagian utara dan terjadinya Pulau Belitung ini.

Perancangan untuk ke kepulauan ini adalah tidak dirancang. Setelah melihat pakej "Open Trip" yang ditawarkan di internet yang mempunyai harga yang agak berpatutan, aku mula melihat bagaimana hendak ke Pulau Belitung ini. Alangkah mengejutkan kerana tiket pesawat dari Jakarta ke Tanjung Pandan adalah agak murah, lebih kurang RM 240 untuk pergi dan balik, satu jam penerbangan. Aku belum lagi memutuskan untuk pergi sehinggalah AirAsia membuat promosi "Final Call" KL-Jakarta. Setelah itu, aku mula mencari teman travel, tetapi seperti biasa memang tidak berjaya kerana agak last minute, tiada yang dapat cuti. 

Tips & Budgets

1. Jangan terkeliru dengan Pulau Belitung dan Bangka Belitung. Jika anda hendak melihat keindahan filem Laskar Pelangi, maka Pulau Belitung adalah jawapannya. Lapangan terbang pulau belitung adalah Tanjung Pandan. 

 2. Anda boleh mengambil pesawat dari Jakarta untuk ke Tanjung Pandan. Harga tiket adalah lebih kurang RM120 (aku membeli seminggu sebelum terbang). Aku datang dengan menggunakan Garuda Airlines dan balik dengan menggunakan Sriwijaya Air. Untuk membeli tiket pesawat, aku menggunakan www.tiket.com, atau anda juga boleh menggunakan www.traveloka.com untuk mendapat diskaun 35% dengan menggunakan promo code mingguan. 

 Pesawat Garuda

Pesawat Sriwijaya

3. Jika anda mengambil keputusan untuk mengambil pakej "Open Trip", disarankan untuk mengambil pesawat ke Tanjung Pandan pada pagi (8am) dan balik selepas jam 12pm.

4. Apakah itu "Open Trip"? Di Indonesia, kaedah travel secara "Open Trip" adalah sangat popular kerana ia adalah sangat jimat. "Open Trip" pakej bermaksud anda akan menyertai tour yag terdiri daripada individu/duo/berkumpulan dan akan disatukan menjadi satu kumpulan besar. Ya, jika anda berseorangan, anda mungkin akan berkongsi bilik dengan solo traveler yang lain. Biasanya pakej "Open Trip" sudah termasuk semua iaitu tempat penginapan, makan, pengangkutan, tiket masuk, sewa bot dan sebagainya seperti apa yang mereka tawarkan. Kalau ada soalan yang meragukan, tanyalah kepada syarikat yang menawarkan "Open Trip" tersebut.

5. Dimanakah boleh mencari pakej "Open Trip"? Anda bertuah kerana membaca blog aku. Tempat yang paling bagus mencari pakej "Open Trip" adalah di website https://www.triptrus.com . Kerana di TripTrus, semua pakej adalah dari syarikat induk yang menawarkan pakej tersebut. Di Facebook, anda boleh join group "Open Trip", dimana terdapat banyak pakej Open Trip ditawarkan, tetapi diingatkan, kebanyakkan mereka adalah pihak ketiga, dimana harga adalah lebih mahal sedikit kerana tambahan komisyen mereka, tetapi mahal dalam RM30-RM50 sahaja per pakej. Terpulang kepada anda.

6. Mesti korang nak tahu semasa di Pulau Belitung aku ambil "Open Trip" dari syarikat mana bukan? Sepanjang di Pulau Belitung, aku menyertai "Open Trip" dari syarikat:

Sekapot Belitung

Kumpulan Open Trip kami bersama dua guide yang best.. Kevin & Reji


Memang aku recommend sangat-sangat korang mengambil Open Trip dari Sakaput Belitung ini sebab service tip-top. Aku bagi 4/5 bintang. Anda boleh melawat website Sekaput untuk melihat jadual "Open Trip" yang ditawarkan. Semua guide adalah sangat friendly dan best!

7. Aku menasihatkan korang untuk meluang lebih masa sekurang-kurangkan 4hari 3malam disini. Jika anda hendak tahu berapa pakej "Open Trip" untuk 4hari 3malam ini, ia adalah cuma 1,100,000 rupiah sahaja (RM380) untuk seorang. Semua sudah termasuk kecuali makan malam dan shopping.


 
Makanan yang disedaikan untuk makan tengah hari oleh pihak Sekaput. Sedap!

8. Tak nak pakai pakej, nak DIY? Boleh, tiada masalah, anda boleh menyewa motosikal di bandar dengan harga RM30 sehari. Tetapi dimaklumkan adalah setiap tempat jaraknya agak jauh, kami menggunakan van pun dalam masa 1jam untuk setiap tempat, dan diingatkan juga anda perlu menyewa bot untuk ke Pulau Batu Belayar, Pulau Lengkuas dan Pulau Burung Mandi. Jika dikira-kira balik, RM380 untuk all-in adalah sangat berbaloi.

 

Tempat Tinggal

Sepanjang aku bersama "Open Trip" ini, aku telah menginap di Mitra Hotel bersama Pak Wawan, iaitu seorang solo traveler jugak seperti aku berasal dari Bandung dan mempunyai sebuah syarikat travel agensi, dan juga seorang mutawif bagi jemaah Indonesia.

Jika anda ingin lebih selesa lagi, anda boleh deal dengan diorang untuk hotel yang lebih selesa dengan menambah sedikit harga. Anda juga boleh menempah sendiri hotel, jadi harga bayaran Open Trip akan jadi lebih murah. 

Tempat paling banyak hotel adalah di kawasan Tanjung Pendam, disinilah kawasan pusat Pulau Belitung. Ada terdapat satu bangunan yang paling tinggi di pulau ini, adalah merupakan sebuah hotel 4 bintang iaitu BW Suite Belitung.


 MITRA HOTEL


Itinerary 4hari 3malam

Hari Pertama
-Flight dari Jakarta jam 7pagi, mendarat di Tanjung Pandan jam 8pagi. Dijemput oleh wakil Sekaput Belitung.
-Check-in Mitra Hotel, simpan beg
-Sarapan pagi di Kedai Mak Jannah
-Bergambar dengan monumen Batu Satam
-Memulakan perjalanan di Belitung Selatan
-Pantai Teluk Gembira
-Pantai Penyabong 
-Makan Tengahari di Pantai Penyabong (Makanan tapau)
-Berhenti untuk bergambar dengan Batu Baginda (cuma di jalan raya)
-Taman Wisata Batu Mentas
-Makan Malam - Kedai SS - Pelopor Ayam Tulang Lunak & Iga Bakar  (Bayar Sendiri)

Hari Kedua
-Memulakan perjalanan di Belitung Timur
-Vihara Dewi Kwan Im (Tokong Cina)
-Pantai Burung Mandi 
-Makan tengahhari di Pantai Burung Mandi (Makanan Tapau)
-Pantai Serdang
-Rumah Ahok
-Replika Sekolah Laskar Pelangi
-Museum Kata (Andrea Hakata) dan menikmati Kopi Kuli
-Beli Ole-ole di Pondok Kelapa
-Makan Malam di Dapoer RR untuk menikmati Gangan Ikan (Seperti Ayam Pedas)

Hari Ketiga
-Pantai Tanjung Kelayang (Naik bot disini untuk island hopping)
-Start Island Hopping
-Batu Garuda
-Pulau Batu Belayar
-Pulau Burung
-Pulau Lengkuas (Menari Api, Permandian Puteri)
-Makan Tengahhari di Pulau Lengkuas (Makanan Tapau)
-Pulau Pasir
-Snorkelling 
-Sunset di Pantai Tanjung Tinggi
-Makan Malam di Rm Rindu Pantai (Restoran Seafood)

Hari Keempat
-Check Out Hotel Mitra
-Sarapan pagi di Kedai Kopi Kong Djie
-Tanjung Pendam
-Rumah Adat
-Danau Kao Lin
-Bye Belitung! Off to Jakarta using Sriwijaya at1pm


29 Tempat-tempat dan aktiviti Menarik  di Belitung

1. Mie Belitung Mak Janah



Pertama sekali apa yang perlu buat di Pulau Belitung adalah untuk menikmati sendiri keenakan Mie Belitung Mak Janah. Sedap!


2. Monumen Batu Satam


Batu Satam sebenarnya adalah batu meteor ataupun 'tahi bintang'. Terkenal disini adalah kerana salah satu souvenier terkenal disini adalah batu satam yang dijadikan barang perhiasan dan dipercayai menjadi tangkal untuk pengaruh jahat.


3. Pantai Teluk Gembira



Perjalanan Pantai Teluk Gembira mengambil masa lebih 1 jam. Pantai yang menyenangkan dan tenang.


4. Pantai Penyabong



Bersebelahan sahaja dengan Pantai Teluk Gembira. Jika ke Belitung, jangan lepaskan peluang ke sini. Batu-batuan disini adalah sangat gergasi saiznya. Cantik !!


5. Batu Baginda



Sebuah batu gergasi seperti di Pantai Penyabong tetapi terletak di atas bukit. Sebab itu dinamakan Baginda sebab dia yang paling tinggi. Jika anda pergi dengan menggunakan kenderaan sendiri, bolehla pergi memanjat ke Batu Baginda ini.

6. Taman Wisata Batu Mentas


Sebuah pantai rekreasi yang terletak di kawasan hutan simpan. Yang menariknya disini anda boleh melihat Tarsier! Yang popular di Bohol, Philippines.


7. Kedai SS - Pelopor Ayam Tulang Lunak & Iga Bakar


 Sangat recommend untuk makan di kedai ini. Ayam bakar yang sangat sedap sehingga menjilat jari, paling menarik, tulang ayam boleh dimakan begitu sahaja, ya betul! Tulang boleh dimakan terus... wow!!


8. Vihara Dewi Kwan Im



Sebuah tokong Cina yang terletak di atas bukit. Pembinaan patung Dewi Kwan Im sedang dijalankan dan patung itu tersangatlah besar.


9. Pantai Burung Mandi



Menikmati angin di pantai ini adalah pengalaman yang sangat best. Disini akan dapat melihat perahu traditional belitung yang berwarna-warni yang dikenali sebagai 'kater', dimana terdapat ukiran kepala burung di setiap perahu sebagai tempat pengikat tali.


10. Pantai Serdang


  
Pantai yang terdapat pokok tirus.


11. Rumah Ahok



Jangan lupa untuk berkunjung ke kampung halaman Ahok, iaitu Timlan Gabenor DKI Jakarta


12. Replika Sekolah Laskar Pelangi



Ini hanyalah sebuah replika yang menyerupai sekolah di dalam filem "Laskar Pelangi"


13. Muzium Kata (Andrea Hakata) & Menikmati Kopi Kuli



Muzium ini tersangatlah menarik dengan warna-warna yang ceria serta dekorasi yang sangat kreatif. Di dapur muzium anda akan dihidangkan dengan Kopi Kuli. Sebennya di kawasan ini, untuk mengimbau kembali suasana warung warung kedai kopi pada zaman dahulu.


14. Pondok Kelapa



Tempat membeli ole-ole. Seperti kebiasaan tempat di Indonesia, ole-ole adalah merupakan snek makanan traditional penduduk setempat.


15. Dapoer RR
 



Salah satu kuliner yang harus dicuba semasa di Belitung adalah Gangan Ikan. Gangan jika di Malaysia adalah seperti Asam Pedas. Enaknya Gangan! Dapoer RR tersangatlah recommend untuk menikmati Gangan tambahan pula pelanggan tidak begitu ramai menambah lagi keselesaan makan disini.


16. Tanjung Kelayang



Tempat anda untuk menaiki bot memulakan island hoping. Jika anda travel ke Belitung sendiri, anda boleh ke sini dan mencari bot untuk disewa berserta pemandu bot.


17. Batu Garuda



Batu di tengah-tengah pulau ini menyerupai burung Garuda, sinonim dengan negara Indonesia


18. Pulau Batu Berlayar



 Pulau kecil ini terdiri daripada batu-batuan gergasi yang sangat memukau. Jikalau ada drone, lawa nih.


19. Pulau Burung 
 


Sebuah pulau yang jarang dilawati, semasa melawat, cuma kami sahaja, terdapat batu-batu yang besar di tengah laut, dimana anda perlu melintasi 50 meter pantai untuk ke batuan tersebut.


20. Pulau Lengkuas



Pulau utama pelancongan disini. Agak sibuk. Kerana di sini juga terdapat menara api dan kawasan permandian puteri. 


21. Menara Api



Jangan lepaskan peluang untuk naik ke tingkat paling atas di menara ini dan menikmati permandangan yang boleh menbuatkan anda menangis. Indahnya ciptaan Allah SWT!


22. Permandian Puteri



Kebanyakan pelancong tidak tahu kewujudan kawasan ini. Terletak di sebelah menari api, dimana anda perlu memanjat batu-batuan untuk menjumpai tempat seakan-akan kolam ini.


23. Pulau Pasir



Sebuah pulau pasir yang kecil di tengah-tengah lautan. Jika air pasang, pulau ini akan tenggelam. Seperti di Maldives.

24. Snorkelling 
 


Aktiviti biasa jika anda pergi ke pulau, iaitu Snorkelling. Tetapi mengikut pengalaman saya, snorkelling disini adalah biasa-biasa sahaja.


25. Pantai Tanjung Tinggi



Jangan lepaskan peluang untuk menikmati sunset disini. Sangat-sangat amazing. Tetapi sila bekal lampu suluh kerana selepas sunset, keadaan menjadi sangat gelap.


26. RM Rindu Pantai Menikmati Seafood
 

  

Tidak sah tidak menikmati makanan laut disini. Hidangannya sangat sedap disini, cuma penyediaan makanan sedikit lambat walaupun cuma kami sahaja disini. Mungkin kerana semua makanan adalah dimasak on-the-spot.

 

27. Kedai Kopi Kong Djie



Jika boleh, bersarapan pagilah di sini. Anda juga boleh menikmati pelbagai kuih-muih. Aku mencuba "Nasi Kucing", dimana nasi putih beserta ikan goreng dilipat di dalam daun. Sangat murah. Dan kedai ini tersangatlah traditional.


28. Tanjung Pendam



Tanjung Pendam merupakan pusat bandar Belitung, anda boleh kesini untuk menikmati sunset.


29. Rumah Adat



Seperti Rumah Budaya yang menayangkan adat budaya warga Belitung.


30. Danau Kao Lin

 
  

Tempat bekas perlombongan Kao Lin. Hasilnya adalah tersangatlah cantik. Warnanya Turqoise terang. Jika anda dari pesawat, anda boleh melihat banyak lombong-lombong Kao Lin, tetapi di sini adalah tempat pelancong mengambil gambar. Dekat dengan kawasan lapangan terbang.


Sebarang soalan, boleh komen di bawah. Jika rasa berinformasi dan untuk rujukan akan datang, silalah share.