11 September 2016

Travelogue Chek Wan - Mongolia - Hari Ke-6

   No comments     
categories: 
Hari ni weols bangun agak lambat, konsepnya hari ni weols nak santai2 jer, makanya masing2 bangun dah dekat pukul 10 pagi. Modern Mongol Hostel provide breakfast hanyalah sampai pukul 9 pagi sahaja. Makanya weols sume krik krik krik lah dari breakfast! Kami masuk pantry buat air tea panas! Nikmatnya minum pagi2 yang sejuk nih! Hahaa...

 Khuvsgul lake...

Lepas minum masing2 kalut nak pergi mandi dan bersihkan badan. Maklumlah, dah 3 hari kot x mandi! Wakakkaa...

Pastu kami melepak je lah kat social space/ lounge/ whatever so call sambil main fb, layan wasap segala update nak show off kat korang! Ekekeee.. Maklumlah! Kat city ni jelah internet agak stabil, walopun wifi kat MM hostel ni selalu je terputus. Kami bersantai-santai dan berehat dan sedikit sebanyam bincang jugak lah plan what to do next! 

Tq suly n dee... Hahaa! Stresss cari ger within bajet! Last2 kitorang duk tempat free! Wakakakaaa

 **Modern Mongol Hostel review
Bagi I hostel ni seribu kali better than camel track guesthouse or zaya hostel tu! Lebih proper, modern, spacious, calm, toilet 1 tp bilik air banyak, tersusun, pantry lebih besar, lagi dekat dgn area Chinggis Square, Peace Avenue (main road), and owner pun friendly! Cumanya kat sini laundry xde dryer sahaja! Jadi kalo uols nak nginap kat hostel katU laanbaatar ni, I strongly suggest kat sini! Hehee.. 

 Mongol post!

 Blue sky tower!

Feeling shopping katanya..

Weols keluar dari hostel untuk sightseeing city pun dah hampir pukul 1. Benda pertama yang weols plan nak buat adalah mencari laundry. Nak pergi laundry yang sebelum ni agak jauh sebenarnya sebab kena menuju ke arah zaya hostel, nasiblah weols jumpa satu laundry ni, betul2 belakang state department store berdepan taman. Harganya pun murah amat compare yg sebelum ni. Hanya 10000tug sebakul! Giler murah!! Yang sebelum ni 32550tug kau!! Silaka mahai! Ekekeee

Lepas hantar baju ke dobi, kami pm ET untuk berjumpa di Burger King di Happy Market! **Happy Market rupanya mall yg sebelah kedutaan Turki tu! Hahah

Dalam perjalanan nak kesana, Syamil sempat bukak apps Zzabihah untuk cari halal food, smbil duk menapak cari Luna Blanca resto, kami nampak doner kebab! So kami pun singgah makan yang tu jelah sebab x jmpa luna tu. 

Lets wefie adikk!

Dalam bas.. 500tug setiap kali naik!
 
Bincang iti kekdahnya..

Lepas makan kami pun ke burger king seperti yang dah janji dengan ET. Kami pun pergi tukar duit sebab duit x cukup uolss.... dan pergi lagi ke go travelers point mencari si undram meminta info dan tips! Sebelah je pun! Hehee.. 

Selepas pung pang pung pang berbincang, kami decide untuk ke dragon bus terminal terlebih dahulu untuk membeli tiket bas ke moron untuk esoknya. ET hanya folo weols kerana dia xde apa nak dibuat pada hari ni kecuali nak bersantai katanya.. Naik bus no 1 yg panjang tu maka sampai lah weols ke dragon bus terminal. Gigihlah mencari kaunter tiket. Kami membeli tiket untuk jam 3 petang esok kerana perjalanan mengambil masa anggaran 14 - 16 jam! Kami mungkin sampai pada jam 6 - 7 pagi lusanya! Aiyohh!! Hahaaa... 

Makluman: tiket ke moron dijual setiap hari . Harganya adalah 32000tug sehal dan waktu perjalanannya adalah 8am, 3pm dan 6pm! Rancanglah perjalanan anda. Pandu cermat jiwa selamat! Tetiba.. Hahaa

Lepas siap beli tiket, kami pun menapak menunggu bas untuk kembali ke main spot. Lama la pulak kali ni menunggu bas, tengok2 jam dah pukul 515 petang, so misaki pulak nak balik ke hostel sebab nak memerut katanya. Public toilet kat sini korang paham2 jelah! Hahaa.. 

 Ulaanbaatar city

 Ala2 lot10 punya area

Singage

Duk dalam bas tu, iols duk ngan ET, misaki duk sekali ngan syamil n keechan. Kami agak terasing gitu. ET duk syiok melihat alam, iols plak duk syiok melihat gmbar kat phone! Smpi kat area situ iols nampak misaki keluar, dgn pantasnya i mengikut! Wakakaa.. Lupa plak misaki nak g laundry amek baju n balik hostel, manakala yang lainnya nak g melepak kat square. Mereka seme x sempat nak manggil iols supaya jangan turun! Wakaka.. Lantaklah.. Xjauh mana pun state deprtment store ngan genggish square tu.. Lepas teman misaki smpi separuh jalan, iols pun menuju ke arah dorang yang duk menunggu kat sana.

Lepas jumpa dorang, weols hanya bersantai2 dan melihat alam sekeliling. Pastu weols berjalan sekitar peace avenue melihat barangan dan ragam. 

Selepas ET membeli barang makanan, kami berpisah dan kembali ke hostel masing2 pada jam 9 malam. 9 malam hari baru senja, weols balik dan memasak dinner untuk makan sama2!

Bersambung...

Kembara Mongolia ini telah dikongsikan oleh Saudara Chek Wan di Facebook dan perkongsian ini mendapatkan kebenaran dari beliau.

0 comments:

Post a Comment

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you!