19 December 2009

Japan | Episode 02 | Sejenak di Chiba, Japan. Negara matahari terbit

   5 comments     
categories: 
Assalamualaikum w.b.t pembuka bicara.

Kali ini aku ingin menceritakan tentang tempat yg aku lawati sebanyak 2 kali iaitu negara terbitnya matahari iaitu Jepun, kawasan CHIBA.

Tarikh aku memijak kaki di negara tersebut 9-10 Oktober 2009 dan 7-8 Disember 2009.

Suhu pada bulan december agaklah sejuk.... dalam 10degree....

Oklah, malas aku nak menulis lebih2... aku letakkan gamba jelaaa... anyway, kat FB aku lagi lengkap... hahahaa




Di Yodabashi. Gadget heaven.... anda tentunya akan gila melihat gadget2 disini..... gamba kedua, di kedai kasut. Kasut Nike agak murah sedikit. Tapi Made in Vietnam, Indonesia, Thailand, China. Sama sahaja yang dijual di Malaysia.




Ok, bergambar kat LEXUS showroom. Meenah jepon 2 org tu aku ambik gambar ngan diorang kat kedai Mr. Dougnut. Aku tidak mahu bercakap ttg donut tersebut kerana hanya tuhan saja yg tahu.... :)




Posing2 kat tgh2 jalan..... second pic tu aku ngan 2ndmate mkn tempura..... sedapp tempura tuhh.....




posing kat kedai tempura,,,,, aku lost in spaceeee in da second pic




1st pic: aku ngan 4/e Ben... sejuk bangetttt..... 2nd pic, ngan 3/e & 4/e ben....




1st pic: kat depan kedai prada.... sempat ambik gamba sebelum dihalau oleh pakguard. haha... In the SOGO... terbaiklah SOGO !!!! dasyattt




kat train station... mula2 ngan gi yokohama. tapi x jadi... pastu nak gi disneyland pun tak jadi...

Thats all laaaa....... nanti aku cite pjg2 laggi...

p/s: next trip pegi shimizu plak then pegi Nageshi...

30 September 2009

Japan | Chiba

   4 comments     
categories: 
Salam allz...

Aku memang ingin nak mengupdatekan blog ini.

tetapi disebabkan terlalu busy & penat seharian, tidak dapat untuk ku menulis coretan di sini..

Just for ur info, Im at Bintulu now. Will be sailing to Sodegaura, Japan tonight.

Will be reach Sodegaura on 6oct...

Will be back to Bintulu around 12oct..

Wish us save ok...

dahla dalam perjalanan balik dari Taiwan, kami telah merintangi KETSANA typhoonn... waduuhhh...pening kepala donggg...

We will thorugh again the typhoon on the way to japan, and again one typhoon when we head back to Bintulu...

Pray for us to be back safely ok...

Miss u guyss... luv u all...

Adiozzz... I miss the real worlddd...

I heard there some earthquake somewhere in Sumatra... all the KL/Selangor area semua dapat merasai gegarannn... I hope semua nya ok..... bersama-sama la kita berdoa supaya semuanya selamat. Amin


My JAPAN Journey's

21 September 2009

Off to Taiwan

   2 comments     
OK GUYS..

IM OFF TO TAIWAN...

REACH TAIWAN 25 SEPTEMBER 2009

WILL BE AT BINTULU AT 29 SEPTEMBER 2009

ADIOZ...

HEAR FROM ME AS SOON AS I COME BACK

16 September 2009

Kaohsiung, Taiwan... pandangan secara kasarLicious

   8 comments     
Seperti yang sedia maklum, aku start my shipboard training pada 9June2009.... skrang dah hampir mak lampir 3 bulan setengz... tak rasa dowwww....

Kapal aku dengan Taiwan diibaratkan seperti "aura dengan tebing" ataupun "crown" dengan miss universe... ataupun seperti Blair Waldorf dengan headband bandnya... ataupun seperti Donald trump dengan Big Apple nyaaa... dah start balik aku memvevelzzz nihhh...

Taiwan, regular place... discharge port... tak sampai seminggu aku start my training, aku & others sempat untuk keluar jalan-jalan di Kaohsiung, Taiwan untuk beberapa jammm.... Tapi terlupa plak aku untuk meninggalkan "kesan" disana
My discharge port kat Taiwan adalah Yung An. Ada LNG discharge port kat situ... A little bit new terminal.... Agak "fierce" lah tempat tu berbanding dengan Terminal MLNG di Bintulu yg agak tidak dijagaaaaaaa...

Trip shoreleave aku session yang kedua... so maksudnya aku dpt trip PETANG-MALAM... dari Yung-An ke Kaohsiung, perjalanan memakan masa dalam 50minit perjalanan...

Kaohsiung tu banda Ke-2 terbesar di Taiwan selepas Taipei... aku sempat menjelajah dalam 5-6 jam di Kaohsiung. Semua orang cakap Kaohsiung berbau.... entahlah, bau apa... Allahu`alam .. mungkin bau yang tidak sedap dihidu...

Kami dihantar di satu kedai, dropping place... Kedai tu namanya kedai CINDY... aku ingat grand mana kedai nie, kecik je.. mcm kedai-kedai kat bandar2 kecik... taukey kedai nie pandai cakap Melayu & Philipines... semua seaferer yang turun di Kaohsiung akan di drop di kedai CINDY ini...

Disini lah tempat berkumpul. Kalau nak tukar duit pun disini... Kedai nie menerima tukaran Ringgit ke NT (Taiwan currency) rm10 lebih kurang 100NT... tapi kat kedai nie "MAKAP" sedikit... rm100 dpt dalam 700NT shj... kalo nak untung sdikit... bawak bekalan US Dollar... agak murah sedikit currency rate...
Tempat yang kami pegi pertama skali ialah Carrefour... disinilah tempat membeli brang-brg keperluan... Believe me, kat sini harga lebih kurang Malaysia jeee.... Oh, kat sini jugaklah ada McD. Tapi ko berani ke nak makan? member aku pegi je McD, tapi makan FILLET-O-FISH... makan sajorkkkkk... yang penting, KONFIDENNN...

Carrefour GREEN Program.... oh no... nasiblah aku tak beli banyak sangat barang. AKu beli brgan stationaery aku. U know what... NO PLASTIK BAG!!!! Kalo nak beli... so basically, kalo beli barang, lepas bayar kat kaunter, pastu terus kluar mcm tu jeeee....

Imagine la kalo time tu aku beli PILLOW ke BOLSTER ke kan... pas bayar, bawak camtu je, no plastik, dahla tak bwk bag time tu... kan jadi org gila bawak bantal sana-sini........~!
Pastu, kami pergi ke COMPUTER STREET... wah, heaven giler bagi orang-orang yang minat computer. Sepanjang jalan ini, semuanya menjual brangan komputer... Lets say contoh dari McD Bukit Bintang sampai ke Beach Club. sepanjang itulah kedai-kedai komputer dia... Harga? Oklah... murah la sket... murah dalam RM40 gitu lah... mOstly officer beli external 2.5 500GB... dalam rm290-rm300 ... oklah... beli sjorkkkk...

Yang pasti paling murah adalah brangan GUNDAM.... member aku cakap tersangatlah MURAH... sehinggakan mereka memborong GUNDAM tersangatlahh banyakkkk.... dlm 5-6 kotak besar gituuu.....
ENGLISH plz? no english.... only mandarinnnn!!!... bring ur dictionary ke ape kee... nak bagitau taxi nak kemana susah gilerrrr..... kami cakap ngan pegi area jual computer, dier bawak kami ke kedai main game [main game mcm kat Satok tuh]... hahaha... then Taxi tu berborak panjang dengan aku di dalam taxi dlm bahasa Mandarin nyaa.... apa aku buat? aku hanya mengangguk-angguk-geleng-geleng dgn ditambah "SHI~!" "SHI~!"... Pastu aku akan sebut "IK YEK SANG SEK"...


SAY yes to scooter........!!! Semua motosikal adalah scooter... 100%... tiada jenis yg lain... GREEN la katakannn...

P/S: Belajarlah MANDARIN.... aku tengah study mandarin lah nihhhhhhhh!! I'll be in TAIWAN again 24-25 SEPTEMBER 2009... cya

14 March 2009

Festival Seni Universiti Malaya 2009

   13 comments     
Festival Seni Universiti Malaya atau nama asalnya, Pertandingan Seni Pentas ini dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan Universiti Malaya sejak 1975 lagi. Ia merupakan acara kemuncak kegiatan kesenian dalam kampus UM dan menjadi salah satu acara tahunan yang sangat dikenali dan diminati oleh warga kampus terutamanya penghuni kolej-kolej kediaman.

Pada tahun ini, FESTIVAL SENI UNIVERSITI MALAYA yang juga akan dipanggil FESTIVAL SENI UNIVERSITI MALAYA 2009 (FESENI ‘09), akan memperlihatkan usahasama dari lebih ramai pihak. Pihak kolej-kolej kediaman akan terlibat secara lansung bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan juga Pusat Kebudayaan untuk menjayakan FESENI ’09.

Festival seni sekali lagi akan dianjurkan untuk sesi 08/09. Ia kan dianjurkan pada semester kedua dan terdapat 16 acara kesenian yang akan dipertandingkan. FESENI ’09 telah berjaya meningkatkan kualiti dan profesionalisme para mahasiswa UM dalam bidanh kesenian sekaligus meningkatkan martabat seni pada tempatnya.

JANGAN LUPA DATANG BERAMAI-RAMAI YA!!!!!!!!

SIAPA YANG BOLEH MENONTON?
Semua orang boleh menonton! Maksudnya bukan terbuka kepada pelajar UM sahaja, tetapi kepada orang luar juga boleh menonton. Silalah bawak adik,kakak, abang, uncle, auntie anda untuk menonton... tetapi bayaran tiket RM2 [xsure this year brapa] untuk sekali masuk. So, datanglah beramai-ramai ke Dewan Tunku Canselorrrrrr! Kepada fotographer-fotographer freelance, inilah masanya untuk menye-nap gamba...

KALO PAK GUARD UM TAHAN CAMNA?
Selalunya Pak Guard UM takkan tahan kereta kerana UM satu-satunya U yang agak bebas kluar masok kluar masok. Tidak seperti U-U lain yang nak masok macam nak melwat banduan. Tapi kalo pak guard tanye, nak gi mana.... jawab la nak nonton Festival Seni kat Dewan Tunku Canselor... kalo nak gedik2 sket, bolehla tanye kat pak guard jalan mane nak gi DTC!

Kategori mana yang harus aku tonton?
I tell you, you will not regret to watch Kategori Tarian Kreatif... Harussss... susah kat KL nak cari persembahan-persembahan macam ni... Tarian kebanyakannya adalah dari Borneo. Ada yang menyeramkan, ada yang rancak. Tambah-tambah lagi kostum yang menarik. Disini, kebanyakan, para peminat seni akan berkumpul untuk melihat sambil memberi pandangan. Anda akan tergamam! Seriusly... hehee... Bak kata orang, Festival Tari Kebangsaan Malaysia pun x sehebat ini...

Lain?.. selain dari tu aku recommend tengok BORIA... memanglah lawak kalo ko sebut Boria, but u should watch it first... yang pasti mulut anda akan ternangga kerana persembahan mantap! tgk video youtube kat bawah...

Lagi??... Aku recommend POP BAND... Acara yang paling happening dan DTC akan full hoouseeeeee.... Juri-juri professional adalah artis terkenal...!

Kategori yang lain pun oookkk....!

KATEGORI TARIAN KREATIF
http://photos-p.friendster.com/photos/74/31/17961347/1_171073579l.jpg


KATEGORI TARIAN KEBANGSAAN
http://photos-p.friendster.com/photos/74/31/17961347/1_613926780l.jpg


KATEGORI BORIA


KATEGORI KOIR


KATEGORI POP BAND



KATEGORI NYANYIAN IRAMA MALAYSIA


KATEGORI DIKIR BARAT


KOMEN ENTRY FESTIVAL SENI UM 2009

05 March 2009

Unexpected Plan again? before holiday!

   17 comments     
Assalamualaikum....

Ni first time entry aku buat kat cybercafe
coz slalunya aku guna my own laptop
Where am I now?
The story begins....

Bayangkan...
Today is Wednesday
Maksud today tu semalam lah...
hahaha...
ada faham?
Wednesday... Cuti ulangtahun pertabalan sultan

So... Cuti nie aku memang plan
nak habiskan semua assignment aku...
before fly to Medan

Our original plan adalah
berangkat gerak ke KT pada hari Khamis petang
then malam tu naik bas to KL
sampai2 KL dalam jam 5 pagi...
then terus gi KLIA..
lepak2 situ coz flight jam 2 petang

Disebabkan...
yang tinggal kat AL*M nie
cuma 4+3+8=15 orang je tinggal
12 orang dah balik kampong
then 8 orang akan bertolak
ke Redang Island jam 6pagi lagi

So kami risau, sebab Khamis tu
ada perhimpunan (Assembly)
but mostly of us semuanya balik
so kami semua berpakat
tak akan pegi assembly
daripada pegi cuma 5 org... better xyah pegi langsung
tapi takut jugak
kot-kot bilik nanti kene ambush
kantoi plak semua budak2 balik tanpa permission...

So.. nak diceritakan
after lunch [hari Selasa]
dalam jam 2
aku pun berusahalah buat asgmnt
coz target Khamis petang, everything will be settle
so boleyla bercuti dgn tenang

But, tetiba
Handphone aku: Tet! tet! Tet! *1 message received"
bukak msg
msg drpd MISC Udin

"Abang, Jom kuar KT? Tdo hotel KT trus. Aku, ko, rais. Sok kte p kl terus"

aku tgh struggle mencari jwpn asgmt pun terus blurrrr...

aku mereplyy

Aku: "Huhhhhhh? Seriuss?"

pastu msg direply

Udin: "Ye la gedik, nak tak?"

hahhaa.... tetiba je...

pastu aku pun bincang2 ngan diorang
nak tido hotel malam nie
sebab nak mengelak daripada
diburu oleh warden
coz tak pegi assembly

dalam setengah jam..
dalam keadaan "betul ke x nie"
aku pun packing-packing barang

tetiba aku teringat
"eh....kite nie terus pegi Medan la ekkk"
hahhaha
Sungguh x sangka
Aku letak je ape-ape bende yang patut
nak gi melancong

aku bawak beg travel kecik je
dengan harapan beg itu akan beranak balik Medan nanti

Kami kluar dari Istep
buat buat muka inncoent depan pak guard
nasib baik ada kawan Halim
yang amik kami bawak ke KT

sampai ke KT
kami pun macam
pelancong plak
mencari hotel-hotel
dengan bag travel nyeee

last2 amik je hotel SeaView
depan dengan Istana tu
dekat dengan Syahbandar

but unfrotunately
Kami bercuti sambil membawa assignmenttt
dalam hotel tadi kami buat assignment
lepak kat Kfc buat asgmt
pegi Mcd buat asgmnt
waaaaaaaaa

Pegi Medan pun kene buat asssignmentttt
matilaaaa
hahahaa

hahahhahaa...
memang tak plan punnn

coz memang plan kami macam niee...

bangun-bangun tido je:
"eh, ari nih brape ari bulan ek.... eiiii... 6 ari bulan"
"ape bende nak buat ek"
"eh.... pegi Medan lah"
"JOM!"

hahahaa

tema trip to Medan:
Redah jeeee!!! [bak kata Udin dalam blognya]

KOMEN ENTRY "UNEXPECTED PLAN AGAIN?"

14 February 2009

KelanTaN: Penjelajahan di bumi Cik Siti Wan Kembang?

   27 comments     
1. Hari ini, Sabtu.. of course la cuti. Minggu lepas, entry aku sebelum ni menceritakan tentang Perjalanan ke Selatan Thai. Kali ini, aku akan menceritakan pulak penjelajahan di Kelantan plak.

2. Sebenarnya inilah main objective. Untuk melihat Kelantan. Thailand tu sampingan.
3. Inilah pertama kaliku menjejakkan kaki di Kelantan Darul Naim. Dulu, dengar je orang cakap Kelantan macam mana kan. Ade orang yang mengatakan, "Kelantan xde mende kat situ, x maju", ade jugak yang bgtau "Kelantan busok laa...", ade jugak yang bgtau "Nape lelaki Kelantan macam malas, semua je pompuan je bekerja". Yang berasal dari Kelantan ade jugak yang mengatakan, "Kelantan majuuuu.... maju dari Sarawak", "Kelantan happeningg...." So, jika kita tidak melihat sendiri, of course la tak real kan.

4. Kami bertolak dari ALAM, Kuala Terengganu dalam jam 10 pagi. Dengan menggunakan 2 buah kereta, iaitu Viva dan Kelisa. Kami semua sebanyak 9 orang.
5. Dalam perjalanan, sempat singgah membeli keropok lekor. Tapi diorang beli Keropok Lekor rebus. Aku hanya makan yang goreng. Memang tak masok kalau makan yang rebus maam tu je... Busuk.. hehehhee.... Kene goreng lah dulu kan...
6. Kami telah singgah ke UiTM Machang kerana si Farhan hendak menghantar something kepada adik dier. So kami pun pegi kat asrama perempuan dier. Kat bawah je la... Banyak awek... After that, diorang pun posing-posing maut kat UiTM situ.......
7. Kami pun memulakan perjalanan ke Rantau Panjang iaitu di sempadan golok. Banyak barangan murah kat situ. Jersi-jersi. Kebanyakan semua adalah GRADE A.

8. Kami parking kereta kat Rantau Panjang, dan lunch kat situ.
9. After lunch, kami pun gerak la ke Golok melalui Imigration Rantau Panjang. Whut happen in here, rujuk kepada entri Laporan Trip to Thailand, Sawadeeekappp.
10. Pas masuk Malaysia balik. Kami pun memulakan perjalanan untuk ke Pengkalan Kubor. Ada makan-makan malam di rumah Sabti. Terima kasih kepada keluarga Sabti yang sporting dan sudi menyediakan kami makan malam.

11. Sebelum sampai ke rumah Sabti, kami singgah di pantai yang berdekatan dengan rumahnya. Dalam jarak 10 minit dari rumah Sabti lah. Agak confuse disitu, kerana tetiba aku melihat Surf Board agak banyak disandarkan di dinding bangunan disitu. Terus aku musykil, ade orang surfing ke kat sini?... Aku tak tau la nama pantai tu... Kirenye ramai gak famili yang berpicnic. Sempat makan bende-bende yang ringan.
12. Kami selamat sampai ke rumah Sabti. Hidangan yang dihidangkan pun banyak. Thanks sekali lagi. Sempat berehat seketika, semayang dan berborak-borak ngan famili Sabti.
13. Malam tu jugak, kami memulakan perjalanan ke Kota Bharu. Tujuan pertama adalah untuk mencari bilik hotel. Kami mencari hotel di sekitar pasar Siti Khadijah.

Wan & Man Kekenyangan

14. Pegi Hotel Ummi full, Hotel Indah full gak. Last-last pegi hotel sebelah tu, Hotel Sukriah Sajeebi Inn. Alhamdulillah, ada kosong. Murahh je.. semalam RM50. Dahla 2 katil besar... bilik besar pulak tu... tak pernah aku jumpa hotel bilik besar yang murah. Maybe standard price kat sini kot.
15. Letak semua barang-barang kami dala bilik hotel. Pastu kami bergerak di ape plak nama tempat tu... lupe plak aku.. macam pasar malam uptown... Pasar Cek Yeh ke?.. something like that laa... besar down... macam downtown kat KL... tapi banyak giler orang berjual dan amat luas. Sampai aku sesat kat situ taktau jalan balik. Macam puzzle plak.
16. Pas habis shopping kat sini, tetiba semua terasa nak makan ROTI CANAI... mengidam kot... pastu lepak kat restoran yang dekat stadium situ kot. Ada jual roti canai...

17. Pas semua kenyang... semua balik hotel... menghilang kepenatan... ade jugak yang excited untuk mencuba barangan yang telah dibeli, seperti seluar muay thai. Terus semua feeling jadi pe-muay thai kat bilik....
18. AirCOnd bilik terlalu sejuk. Takdapat concentrate... menggigil aku. Bangun-bangun pagi, kami telah berbreakfat di pasar Siti Khadijah.

19. Banyak makanan kat situ wooooo... Kat bawah tu, satu jalan tu ada macam-macam jenis kueh-mueh... wow... Kami makan kat atas bangunan tu.
20. Jam baru dalam 9pagi. Eh... diorang breakfast Nasi pagi2?... Member aku cakp diorang Kelantan memang breakfast nasik pagi-pagi. Aku pun order la jugak Nasik Dagang... Ade yang order Nasik Kerabu... sedap!
21. Masa untuk berposing-posing di sekitar situ....
22. Dah selesai sesi pengambaraan, packing semua barang... Check out hotel.. Kami pun gerak untuk ke Rantau Panjang sekali lagi. Kali nie barulah shopping secara besar-besaran...
23. PUAS giler shopping kan situ.... murah!! Sebelum pegi ke Kelantan, aku belatih la cakap Kelantan ngan member2 aku supaya senang aku nak beli barangan kat situ. Ayat-ayat basic je lah... cth: "berapa riya?"... "se" se tu satu tau... tetiba aku terkantoi plak kat tokey kdai tu... ade terlupe nak blaja sebut perkataan "3"... tetiba aku sebut '3' = TI-GEY.. pastu aku blank, dia pun blank... aku gelak je... kekeke.... padahal sebutan TI-Go kot?... nampak sangat aku orang kelantan menyamar.. tu la nak tawar menawar punya pasal. Malu giler aku... penat2 je tusyen bhs Kelantan. kekeke

24. Selepas puas bershoppinggg... kami pun semua gerak ke KOK LANAS (betul ke nama tempat tu) untuk pergi plak ke rumah Udin. Kali ini, Udin plak nak jemput kami lunch kat situ... Thank you jugak to Udin kerana sudi menyediakan makanan kepada unit-unit pemusnah nie... hehehhe....

Sabti: Terlelap kepenatan di rumah Udin

25. Pas kenyang semua, settle down kejap... berak-berak kee... kami pun gerak lagi..... pegi laa ke Air Terjun Jeram Lenang sebab air terjun nie memang jalan untuk balik ke KT...

Aku berposing ngan air terjun sebelum nak gi mandi

26. Kami ingatkan orang tak ramai... Punye ramai la orang.. Air terjun dier kecik jee... Tapi mandi jelaa... lama jugak tak pegi mandi air terjunnn.....

Air Terjun Jeram Linang, Kelantan

27. Pastu mandi-mand semua...... Kami pun terus balik keee Kuala Terengaannu... Yay....

28. Apa pendapat aku tentang negeri Kelantan?.. "OK" la.. not bad... Shopping complex pun besar... KB Mall.. tempat pun ok-ok untuk bergambar... takla seperti orang cakap kan... hehehe.. Maybe area-area KB je kot yang OK.. yang lain tempat not sure sangat laa...

29. Tambahan, jika ke Kelantan, mesti korang perasan kan... semua poster-poster iklan di tepi jalan semua menggunakan tudung.... Cthnya Maya karin guna tudung.... Zaiton Sameon nye poster guna tudung... Sheeda Angkat kaki nye poster pakai tudung... Iklan Tushee pakai tudung.... Izwan Pilus pakai tudung... eh.. salah...

maya karin - iklan celcom vesi kelantan (bertudung) n negeri2 lain (tak bertudung)

30. Itu je la... at last Kelantan aku dah pijak jugak.. Tinggal Perlis je tinggal yang negeri aku tak pijak dan meninggalkan kesan lagi. Yang lain sudeeeehhhh,.